Khasiat limau nipis


Khasiat air limau nipis.

Limau nipis sangat banyak kegunaannya sama ada untuk makanan dan minuman,ia juga untuk merawat berbagai penyakit,

1. Merawat penyakit Darah tinggi.
Caranya;Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa,
Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi anda akan beransur turun.Inshaallah penyakit itu akan sembuh.

2. Menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari,nescaya berat badan puan akan berkurangan amalkan selama sebulan,INshaallah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.

3.Untuk suara menjadi merdu.
Ambil sari air limau purut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih,madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar,campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali,Inshaallah anda akan dapati suara anda bertambah sedap dikala bercakap, membaca Al-Quran,berazan,berzanji dan menyanyi.

4. Mengatasi kurang darah.
Sediakan sebiji kuning telur,sesudu madu,air limau nipis sebiji,segengam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya,campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang,Inshaallah dalam masa tiga hari puan akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.

5. Mengempiskan perut.
Digunakan masa pantang atau memang perut itu sedia lama buncit,maka bolihlah gunakan petua ini,
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih, campurkan semuanya dan disapu pada bahagian perut dan pinggang,belakang serta paha,
Bolih juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa,selamat mencuba.

6. Melembutkan tangan dan muka.
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka,terutama wajah yang berminyak dan pada tangan anda, biarkan sepuluh minit ,cucilah dengan air bersih,puan akan dapati tangan bertambah lembut dan wajah pun demikian hingga tidak berminyak lagi padanya.
Puan juga bolih gunakan mentimun yang dicincang halus,parutan kentang,putih telur ,sapulah seperti cara tadi.

7. Kalau batuk kuat.
Kalau puan batuk amat kuat dan telah hampir dua minggu ,tapi tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat hospital,bolihlah gunakan petua ini;
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli.minumlah setiap kali rasa hendak betuk,bila lepas makan pula kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis , Inshaalah dalam masa sehari sahaja puan akan nampak keberkesanannya itu,dalam masa tiga hari batuk itu akan hilang.

8. Ramuan memulihkan syawat.
Limau nipis dan airnya juga bolih memulihkan syawat hanya mencampurkan dengan sebiji telor ayam kampung yang dimasak tiga suku masak,masukkan serbuk lada, dan makanlah pada waktu pagi selang sehari,selama seminggu, INshaallah puan dan tuan akan terasa nikmatnya.

9. Ramuan mandi.
Untuk ramuan mandi bunga,atau mandi biasa bolih gunakan perahan air limau nipis,sementara buahnya dibelah dua dan digosuk pada badan yang berdaki atau gatal, Inshaallah badan puan akan berbau harum,bersih dan segar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: