Bau Badan Bukan Akibat Peluh Dan Cara Hilangkan


Bau Badan? ia umpama mimpi ngeri kepada mereka yang menghadapinya. Malah ramai yang berpendapat punca bau badan adalah disebabkan peluh adalah satu daripadanya

Sebenarnya peluh tidak berbau tetapi apabila ia bercampur dengan bakteria yang hidup pada kulit, maka terhasilnya bau badan

Kawasan yang sering dikaitkan dengan bau badan adalah di sekitar ketiak. Justeru itu penjagaan di kawasan berkenaan harus diberi perhatian

Berikut adalah tips mudah untuk menghilangkan atau mengelakkan bau badan

Mandi Dengan Kerap

Kalau malas mandi, maka berbau badan itu. Jadi untuk elakkan bau badan hendaklah mandi dengan kerap, mudah kan?. Bagi individu yang berpeluh banyak kerapkan mandi dalam sehari

Menggunakan Sabun Anti Bakteria

Penggunaan sabun anti bakteria dapat membantu meminimumkan bakteria yang menghasilkan bau badan

Buat Jadual Bercukur Bulu Ketiak

Jangan biarkan bulu ketiak terlalu banyak dan berserabut, bercukurlah secara berkala kerana ia akan membantu meminimumkan bakteria berkumpul di kawasan itu

Gunakan Deodoran Atau Antiperspirant

Deodoran adalah berasaskan alkohol dan menutup bau yang disebabkan oleh bakteria. Antiperspirants mengandungi bahan kimia berasaskan aluminium yang boleh mengurangkan peluh

Pakai Pakaian Yang Dibuat Dengan Gentian Asli

Contohnya seperti kapas, bulu, sutera dan pastikan ada ruang udara untuk kulit. Cuba pakai pakaian daripada kain yang berkualiti

Basuh Pakaian Setiap Kali Menggunakannya

Jangan mengulang pakai pakaian yang sudah dipakai walaupun pakaian itu tidak berbau dan basuh pakaian itu sebelum menggunakan kembali

Perhatikan Apa Yang Dimakan

Kadang-kadang makan makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan bau badan

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: