Cara Hilangkan Masalah Cakap Gagap


cakap gagap

Gagap?, bagi penampar sekali selesai masalah. Jangan ikut pula cara ini penulis bergurau sahaja sila abaikan

Menurut kajian gagap merupakan masalah gangguan komunikasi yang dihadapi oleh sesetengah individu dan masalah gagap ini turut dikaitkan dengan penyakit keturunan

Bagi individu yang menghadapi masalah gagap ini, mereka akan hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai terutamanya dalam bahagian yang memerlukan komunikasi

Malah hasrat yang ingin diluahkan terpaksa dipendam dek masalah pertuturan yang tersekat-sekat atau mengambil masa yang lebih lama untuk menghabiskan perkataan sehingga membuatkan orang yang menunggu itu tersenyum sinis

Dari pengalaman penulis, orang yang menghadapi gejala ini mudah ditindas, sebagai contoh dirinya tidak bersalah ekoran masalah gagap yang dihadapi dia dianggap bersalah kerana pertuturan yang tersekat-sekat itu menjadi penyebab

Ini kerana ramai yang beranggapan orang yang gagap ketika bercakap dalam situasi untuk mempertahankan dirinya daripada suatu tuduhan dianggap cuba berbohong

Menariknya, individu yang menghadapi masalah gagap ini, ketika menyanyi lancar pula menyebut lirik lagu tersebut

Bagi yang menghadapi masalah ini mungkin boleh mencuba teknik-teknik berikut untuk mengatasinya

Membayangkan Bercakap Seperti Menyanyi

Gagap hanya berlaku ketika bercakap tetapi tidak semasa menyanyi. Walaupun tidak dapat dikenalpasti sebabnya, tapi cuba gunakan teknik ini dalam memperbaiki pertuturan

Mungkin kedengaran lucu, namun cubalah berbicara seolah-olah seperti menyanyi, cara ini secara tidak langsung boleh mengekalkan konsentrasi ketika berbicara

Bercakap Secara Perlahan-Lahan

Ambil masa untuk menghabiskan sesuatu ayat. Bercakap dengan kadar yang lebih perlahan akan membantu seseorang merangka terlebih dahulu kata-kata yang mahu diucapkan dalam fikiran

Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan pertuturan akan menjadi dengan lebih baik. Jika kerap diamalkan lama -kelamaan frekuensi gagap akan menurun dan membuatkan pertuturan menjadi lebih lancar dan cepat

Menarik Nafas Dalam-Dalam Sebelum Bercakap

Jika stres menjadi punca berbicara gagap, tarik nafas sedalam- dalamnya sebelum meneruskan pertuturan yang tersangkut

Latihan pernafasan seperti ini boleh membantu menenangkan. Seperkara lagi, pernafasan yang betul akan memberi waktu jeda antara kata-kata. Seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk bercakap ketika dalam keadaan pernafasan yang tersekat-sekat

Membuat Latihan Membaca Dengan Kuat

Membaca dengan kuat akan memberi konsentrasi ketika bertutur. Ketika membaca, cuba sebutkan perkataan tersebut berulang-ulang dan cuba cari nada dan kadar kelajuan yang bersesuaian

Selain itu, latihan ini juga akan membantu seseorang itu memilih dan menggantikan perkataan yang lebih mudah dan lancar disebut

Berfikiran positif

Buang perasaan rendah diri dan jangan malu untuk bercakap. Senantiasa positif yang kekurangan boleh diperbaiki dan diatasi. Minta sokongan orang di sekeliling dalam menghadapi masalah ini

Masalah ini bukan boleh diatasi hanya dalam sehari dua, dalam erti kata lain, jangan putus asa dan terus konsisten untuk mengatasinya

Comments
One Response to “Cara Hilangkan Masalah Cakap Gagap”
  1. satu info yang menarik. masalah gagap ni memang sering berlaku kepada seseorang. gagap ini berlaku kerana otak kita lebih cepat diinterpetrasi daripada mulut kita. so, bercakap la dengan tenang dan berfkir dlu sebelum berckp

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: