Layanan emosi boleh tangani masalah mental anak-anak


Tulisan DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

 

1. Dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, ada dinyatakan dalam prestasi aktiviti bahawa bilangan pesakit luar (baru) pada 2013 ialah 35,939 dan secara anggarannya meningkat kepada 38,000 pada 2014 dan 40,000 pada 2015.
2. Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 pula, dinyatakan kira-kira 20% kanak-kanak di Malaysia dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental. Jumlah tersebut bersamaan dengan seorang dalam setiap lima orang kanak-kanak di Malaysia mengalami penyakit mental seperti kemurungan, ketagihan internet, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, autisme dan lain-lain.

3. Menurut kajian oleh pensyarah Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, pelbagai faktor dikesan yang menyebabkan berlakunya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakannya bermula dari rumah kerana sifat ibu bapa.

4. Keadaan ini adalah berpunca daripada hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang semakin berkurangan kerana terlalu sibuk dan menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada pembantu rumah dan penjaga. Ini merupakan antara penyumbang besar kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak.

5. Sepatutnya, kanak-kanak di peringkat awal usia perlu menerima layanan emosi dan fizikal yang mencukupi dan sepatutnya, supaya dapat membentuk keyakinan diri.

Seorang Arab Badawi bernama Aqra’ bin Haabis pernah melahirkan keheranannya apabila melihat Nabi s.a.w. mengucup cucunya bernama Hasan. Beliau menyatakan; saya mempunyai 10 orang anak. Tak ada seorang pun saya kucup. Baginda s.a.w. lantas memberi ingatan:
من لا يَرحم، لا يُرحم

Maksudnya: “sesiapa yang tidak mengasihani dia tidak akan dikasihani”. (Hadis Bukhari dan Muslim)

Kucupan adalah satu contoh layanan emosi kasih sayang kepada anak-anak yang boleh menangani masalah mental mereka.

6. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran keibubapaan mengikut tahap umur anak. Bermanja adalah pendidikan pada usia bawah 7 tahun. Memberi adab dan hukuman pengajaran adalah sebahagian pendidikan pada usia bawah 14 tahun. Pada zaman sekarang, ibu bapa juga perlu menjadi rakan baik anak-anak agar apa saja masalah atau tekanan dapat disalurkan dengan sebaik-baiknya khususnya pada usia 14 hingga 21 tahun.

Sarjana Islam silam menegaskan konsep pendidikan “bermanjalah dengan mereka pada usia 7 tahun pertama, berilah adab dan hukuman pengajaran pada usia 7 tahun kedua dan bersahabatlah dengan mereka pada usia 7 tahun ketiga.

6. Suatu hal lagi yang tidak dapat dinafikan ialah sifat ibu bapa zaman sekarang yang suka mengambil jalan mudah untuk menguruskan emosi anak-anak dengan memberikan gajet elektronik seperti ‘tab’ bagi menenangkan mereka juga dikaji sebagai antara punca gangguan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak. Maka pendekatan itu perlu dikaji segera.

7. Saya menyarankan institusi keluarga berkualiti sebagai satu penyelesaian jangka masa panjang untuk masalah kesihatan mental ini. Ia perlu menjadi sebahagian agenda utama kerajaan untuk 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: