10 Bahana arak!


RAMAI yang tertanya-tanya kenapa Octoberfest (festival musim gugur berlangsung di Munich, Jerman yang dipenuhi hidangan bir dalam jumlah besar) boleh dibawa ke Malaysia merangkap negara Islam ini?

Sajian bir, pasti semua tahu mengenai bir. Bir adalah minuman yang memabukkan sama seperti arak!.

Benar, tiada undang-undang yang menghalang atau mengenakan sebarang tindakan ke atas individu bukan Islam meneguk arak. Ia menjadi kesalahan utama dan haram kepada Muslim jika meminumnya kerana pengharaman mengenainya sudah termaktub dalam kitab suci, al-Quran.

Dalam satu petikan sebuah akhbar tempatan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Datuk RS Mohan Shan berkata arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Oleh itu, agama Hindu melarang minum arak kerana ia mendatangkan banyak kemudaratan lebih daripada kebaikan,”.

Lihatlah, bukan hanya agama Islam yang melarang minum arak, sebaliknya ia juga ditegah dalam agama lain.

Ilmuwan Islam, Abdul Laith Assamarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin berkata: “Awaslah kamu daripada meminum arak kerana ia mengandungi 10 bahaya iaitu:

– Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak kecil dan tercela dalam kalangan orang berakal.
– Memboroskan harta dan merosakkan akal fikiran.
– Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.
– Terhalang daripada mengingati ALLAH dan solat.
– Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.
– Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.
– Perbuatan meminum arak mengganggu malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasiqan dan bau busuk arak yang diminumnya.
– Dikenakan hukuman dera 80 kali sebatan di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman.
– Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.
– Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.

Kesan buruk pada kehidupan

Iklan berhenti merokok atau papan tanda dilarang merokok sering terpapar di mana sahaja.

Namun, pernahkah kita melihat iklan jangan minum arak atau anda akan didenda atau disaman jika memegang botol arak? Jarang sekali dan langsung tidak pernah bukan? Kenapa perlu begitu sedangkan arak itu haram!

Pendakwah, Muhammad Fathullah al-Haq Muhamad Asni berkata, arak itu haram dan haram walaupun apa pun jenamanya. Arak atau dalam bahasa Arab disebut al-khamru adalah minuman sejati masyarakat Arab Jahiliah, malah pada awal kedatangan Islam pun ada sahabat yang meminum arak dalam majlis rasminya dan semasa itu arak halal bagi umat Islam.

“Keadaan itu berterusan sehinggalah pada satu hari sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan pemikiran luar kotak dapat menyelami perkara tersurat dan tersirat, Saidina Umar al-Khatab melontarkan persoalan mengenai kesan arak kepada Baginda SAW dan ketika itu Baginda SAW menjawab: “Benar ia minuman yang merosakkan akal tetapi aku tidak diberitakan mengenainya.”

“Selang beberapa lama selepas pertanyaan itu, ALLAH SWT menurunkan ayat al-Quran sebanyak empat peringkat menerangkan mengenai arak dan pengharamannya. Antaranya dalam Surah An-Nahl ayat 67, Surah Al-Baqarah ayat  219, Surah An-Nisaa’ ayat 43 dan Surah
Al-Maidah ayat 90 & 91,” ulasnya kepada Rehal.

Menurutnya, perbuatan meminum arak banyak meninggalkan kesan buruk dari segi agama, kerukunan rumah tangga, masyarakat sekeliling dan ekonomi serta keselamatan umum juga terjejas menyebabkan komuniti berada dalam suasana ketakutan.

Daripada sudut keagamaan, peminum arak akan melupakan semua suruhan ALLAH. Bayangkan, apabila meminum arak individu itu akan sentiasa khayal dan berada dalam dunianya sendiri sehingga melupakan perkara kebaikan yang pernah dilakukan. Mungkin sekali kemudian dua kali dia meninggalkan tikar sembahyang kemudian keadaan itu berterusan sehingga dia kembali disedarkan

Comments
One Response to “10 Bahana arak!”
  1. satu info yang baik. arak ini memang bahaya dan merupakan najis syaitan. sekarang ini, arak ada dalam pelbagai bentuk dan jenis. so, berhati hati la ketika membeli minuman dan makanan. jauhila arak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: