Ubay bin Kaab doakan supaya sentiasa demam


SESEORANG bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apabila seseorang tertimpa penyakit, apakah kelebihan yang diberikan baginya?”

Baginda bersabda: “Penyakit itu akan menggugurkan dosa-dosanya.”

Ia bertanya lagi: “Sekalipun penyakit itu ringan sahaja?”

Baginda menjawab: “Sekalipun hanya sepotong duri yang menusuknya.”

Mendengar sabda Nabi SAW itu, Ubay bin Kaab sangat berminat untuk mendapatkan kelebihan tersebut. Beliau lalu berdoa: “Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu.”

Allah SWT mengabulkan doa ini. Sejak saat itu, demam tidak pernah berpisah daripada tubuh Ubay hingga beliau meninggal dunia. Anak Ubay berkata: “Setiap kali seseorang menyentuh tangan Ubay, ia akan merasakan panas tubuhnya.”

Meskipun begitu, beliau tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, selalu berpuasa, melakukan haji dan umrah, juga ikut serta dalam jihad di jalan Allah SWT.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim dan al-Baihaqi.

Kita tidak perlu meminta sakit seperti Ubay bin Kaab. Sebab iman kita tidak setebal iman beliau. Boleh jadi apabila ditimpa sakit, kita tidak mampu bersabar, apa lagi beristiqamah dalam kerja dan amal seperti yang beliau lakukan.

Cukuplah bagi kita bersyukur apabila diberikan kesihatan. Dan apabila penyakit datang menimpa, kita bersabar sambal mengingati pelbagai pahala besar yang tersembunyi di sebalik penyakit tersebut.

Jiwa kental

Sewaspada mana pun kita, ujian hidup pasti menyentuh kita. Ia boleh berbentuk kesakitan, kemiskinan, kesusahan dan sebagainya.

Setiap kali musibah menyapa, seorang Muslim dituntut untuk tetap menjaga minda positif. Ia mesti sabar dan reda menerima ketentuan tersebut, juga meneruskan usaha untuk mempertingkatkan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Seorang mukmin laksana pokok yang tinggi. Setiap saat angin selalu menerjangnya. Dan seorang munafik laksana pokok padi. Ia tidak akan dicabut melainkan apabila saat menuai sahaja. (riwayat Muslim)

Seorang Muslim sepatutnya memiliki jiwa yang kental. Ia tidak mudah menyerah apabila berdepan dengan kesusahan. Sebaliknya, kesusahan dan kesakitan dilihat sebagai bonus yang hanya akan menambahkan akaun pahalanya di akhirat nanti.

Demikian cara pandang sahabat Nabi SAW yang bernama Ubay bin Kaab. Jom kita teladani kekentalan jiwa beliau. Wallahu a’lam

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: