Rahsia doa Saad bin Abi Waqqas dimaqbulkan Allah


SUATU ketika ahli Kufah mengadukan perihal Saad bin Abi Waqqas kepada Khalifah Umar. Beliau menceritakan semua keburukannya, termasuk mengatakan bahawa Saad tidak pandai melakukan solat.

Umar lalu memanggil Saad. Beliau berkata: “Wahai Abu Ishaq, orang-orang ini mengatakan bahawa engkau tidak pandai melakukan solat.”

Saad berkata: “Aku melakukan solat sepertimana solat Rasulullah SAW. Tidak kurang dan tidak lebih. Dalam solat Isyak, aku memanjangkan dua rakaat yang awal dan memendekkan dua rakaat yang akhir.”

Umar berkata: “Begitulah sangkaan saya kepadamu, wahai Abu Ishaq.”

Walaupun begitu, Umar tetap mengutus seseorang ke Kufah. Beliau ingin mendapatkan pandangan lebih ramai ahli Kufah berkenaan dengan kepimpinan Saad.

Setiap masjid yang ia masuki, semua memuji Saad. Melainkan sebuah masjid di kawasan Bani Abs. Seorang laki-laki di masjid ini mencela Saad dengan katanya: “Saad tidak pernah keluar berperang, tidak membahagi dengan sama rata dan tidak menghukum dengan adil.”

Mendengar tuduhan ini, Saad berkata: “Demi Allah, saya akan berdoa dengan tiga perkara. Ya Allah, jika hamba-Mu ini berdusta dan hanya ingin menunjuk-nunjuk, maka panjangkanlah usianya, kekalkanlah kefakirannya dan perjumpakanlah ia dengan fitnah.”

Doa Saad dikabulkan Allah SWT. Laki-laki Kufah itu panjang usia dalam kefakiran dan perilakunya tidak baik.

Abdul Malik bin Umair berkata: Aku pernah melihat orang itu telah gugur bulu keningnya kerana sangat tua. Namun, ia masih suka menggoda anak-anak gadis di tengah jalan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bermula dengan makanan

Antara para sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqqas memang terkenal paling mustajab doanya. Setiap yang beliau minta, Allah SWT selalu segera mengabulkannya. Kisah di atas hanya salah satu daripada sekian banyak peristiwa yang membuktikan kemustajaban doa Saad.

Salah satu rahsia di sebalik kelebihan ini ialah makanan yang selalu terjaga kehalalannya. Seseorang pernah bertanya kepada Saad: “Apa sebab doamu selalu mustajab berbanding para sahabat Nabi yang lain?” Beliau menjawab: “Tidaklah aku memasukkan sesuap makanan ke mulutku, melainkan aku mengetahui daripada asalnya.” (Jamik al-Ulum wa al-Hikam)

Kesan makanan sangat erat dengan kebersihan hati. Sebagaimana makanan halal membawa kepada ketenangan ibadah, makanan haram mencipta hijab antara hati seorang hamba dengan tuhannya.

Muhammad bin Dawud Al-Daqqi berkata: “Perut adalah tempat makanan. Jika engkau memasukkan ke dalamnya makanan yang halal, maka akan terbit amal saleh dari semua anggota tubuh. Jika engkau masukkan ke dalamnya makanan yang subahat, maka akan tersamar jalan Allah SWT daripada dirimu. Dan jika engkau memasukkan makanan yang haram, maka hijab akan terbentang antara dirimu dan Allah SWT.”

Mari kita teladani Saad bin Abi Waqqas dan pastikan hanya makanan halal yang masuk ke dalam tubuh kita dan ahli keluarga kita. Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: