Kegigihan Ibnu Mas’ud dalam belajar


ALAH seorang sahabat Nabi yang terkenal sangat alim ialah Abdullah bin Mas’ud. Beliau termasuk dalam kumpulan orang-orang yang pertama memeluk Islam di Mekah.

Perawakan Ibnu Mas’ud kurus dan pendek. Namun ilmu beliau terkenal sangat tinggi dan luas. Beliau menguasai pelbagai ilmu terutama yang berkaitan dengan al-Quran.

Keilmuan beliau diiktiraf oleh Rasulullah SAW apabila baginda bersabda yang bermaksud: Ambilllah al-Quran daripada empat orang: Ibnu Mas’ud, Ubay, Salim Maula Huzaifah dan Muadz bin Jabal. (riwayat al-Bukhari)

Justeru, selepas kewafatan NabiSAW, Ibnu Mas’ud menjadi seorang tokoh ilmuwan yang sangat besar. Muridnya sangat ramai dan berasal daripada pelbagai pelosok negeri.

Meski sangat pakar dalam pelbagai ilmu, namun Ibnu Mas’ud tidak pernah berasa cukup. Sebolehnya beliau ingin terus belajar dan mempertingkatkan ilmunya.

Ibnu Mas’ud pernah berkata: Demi Allah Yang Tidak ada tuhan selain-Nya, tidaklah turun satu surah daripada al-Quran melainkan aku mengetahui di mana ia turun dan tentang perkara apakah ia diturunkan. Jika aku mengetahui seseorang yang lebih menguasai ilmu al-Quran daripada diriku dan negeri beliau boleh dicapai oleh unta, nescaya aku pasti mendatanginya. (riwayat al-Bukhari)

Amanah seorang tokoh

Sikap Ibnu Mas’ud ini memberi teladan kepada setiap orang yang bergelar tokoh ikutan. Tidak kira sama ada tokoh agama ataupun sebagainya. Seorang tokoh mesti selalu berusaha mempertingkatkan ilmunya.

Seorang tokoh tidak boleh berhenti belajar. Walau sesibuk manapun, ia mesti meluangkan sedikit masa untuk menuntut ilmu. Sebab apabila ia berhenti belajar, pada saat itulah kejahilan menutupi hatinya.

Seorang tokoh yang jahil tidak hanya merosak diri sendiri malah turut merosak ramai manusia. Terutama apabila ia seorang tokoh berkarisma yang memiliki pengikut fanatik. Ucapan dan perilakunya akan tetap dipertahankan walau salah di sisi agama sekalipun.

Menurut Al-Hafiz Ibnu Abdil Bar, seorang tokoh ikutan ibarat bahtera yang tengah berlayar. Jika ia terkandas, maka seluruh penumpangnya ikut tenggelam bersamanya.

Oleh kerana itu, tidak hairan apabila para ulama dalam kalangan salafus soleh selalu berhati-hati. Mereka sangat menjaga ucapan dan perilaku mereka, terutama apabila di hadapan orang ramai.

Berkata Imam Abdurahman bin ‘Amr Al-Awza’i, seorang ulama mujtahid ikutan ahli Syam satu ketika dahulu: “Sebelum ini kami boleh tertawa dan bermain-main. Namun setelah menjadi tokoh ikutan, kami mesti selalu berhati-hati.” (Al-Bidayah wa Al-Nihayah)

Apabila satu hari nanti Allah SWT menjadikan kita seorang tokoh ikutan, sedarilah amanat besar ini. Semakin besar ketokohan seseorang di tengah masyarakat, semakin berat amanah yang menjadi tanggungannya.

Justeru, jangan pernah berhenti belajar. Sebab hanya ilmu yang dapat memastikan kelurusan ucapan dan perilaku kita. Wallahu a’lam.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: