Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk


Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk

 

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk 
hemm.. Tergerak hati teman nak kongsikan info berkenaan ni, teman sebenarnya dulu tak minat sangat dengan Frifge Magnet (FM) ni, tapi sejak dapat banyak ole2 dari kawan2 dan dari sahabat hubby, teman dah start nak mengumpul lea pulok.. adeh.. dulu tak suka kini suka lak.. hu3.. tapi teman pernah lea terdengar yang orang kata tak elok letak FM ni kat peti sejuk kita, tapi taktau sebab apa.. sekali tadi tergodek2 google, nampaklah info ni.. hemm.. tak pasti lea kesahihannya.. tapi teman rasa nak letak FM semua tu dekat tempat berlogam lain jea kot.. (nak kena cabut lik lea FM yang teman dah letak kat peti sejuk teman tu nampaknya).. apa2 pun terpulang hak masing2 nak percaya ke tak info ni, teman just share jea.. betul ke tidak, Wallahualam.. tapi, teman memang suka n giler kumpul FM dah sekarang ni.. heeee.. nanti teman tunjuk gambo koleksi FM yang teman dapat yea.. tak lea banyak macam dalam gambo atas  ni, tapi ada lea sikit2.. hubby punya.. heeeee… teman cuma curik dan letak kat peti sejuk teman jea.. hee..ada satu tu hadiah dari Blogger Zarena Hani.. hee.. nanti teman share gambo yea.. apa2 pun baca dulu bawah ni..
Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. 
 
Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.
Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan.
Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi.
Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini.
Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang.
Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton
Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.
Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain.
Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.
Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: