Monica, pelakon filem Tamil memeluk Islam


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal India Selatan, Monica telah memeluk agama Islam pada 30 Mei lalu.

Beliau yang telah berlakon dalam lebih 50 filem bagaimanapun tidak mendedahkan kenapa memilih agama Islam, lapor portalOneindia.

Monica mula menceburi industri perfileman melalui filem Avasara Police 100 ketika berusia tiga tahun telah berlakon lebih 50 filem.

Beliau yang dilahirkan pada 25 Ogos 1987 pernah menerima anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bagi Negeri Tamil Nadu.

Beliau juga merupakan pelakon popular dalam industri India Selatan yang lain seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Pada tahun 2001, Monica telah menukar namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

“Saya tidak menukar dengan sebab cinta atau wang, saya bukan orang seperti itu. Saya suka prinsip Islam, jadi saya memeluk agama Islam,” tegasnya.

Setelah menganut Islam, Monica memilih nama MG Raheema iaitu mengambil sempena nama bapanya M – Maruthi Raj dan G-Gracy (ibu).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: