Senggugut jejas kesuburan?


Soalan: Saya mengalami masalah senggugut yang teruk. Saya ada terdengar mereka yang mengalami masalah ini akan sukar hamil kelak. Saya rungsing jika perkara ini benar. Mohon doktor perjelaskan? – Ramlah, Kuala Lumpur.

Jawapan – Kesakitan semasa haid atau senggugut ialah satu gejala biasa dialami seseorang wanita. Kesakitan ini disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium (dinding rahim).

Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim (serviks). Kebiasaannya, pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Senggugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Masalah akibat senggugut bukan sekadar kesakitan teruk ketika haid, tetapi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan masalah endometriosis.

Terdapat dua jenis senggugut, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin (sejenis bahan kimia dalam darah) yang menyebabkan penguncupan dinding rahim yang kuat. Manakala senggugut sekunder pula mungkin disebabkan oleh masalah endometriosis. Endometriosis pula merujuk kepada keadaan lapisan tisu yang melitupi bahagian di dalam rahim didapati tumbuh di luar rahim atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita.

Walaupun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, ada teori yang mengatakan disebabkan pendarahan haid yang berundur atau menyongsang (retrograde menstruation) ke dalam pelvis, aras hormon estrogen yang berlebihan, tisu endometriosis juga boleh merebak melalui salur darah dan tumbuh di tempat-tempat yang jauh dari rahim seperti di dalam paru-paru atau otak dan juga teori metaplasia.

Bagi mengetahui punca sebenar, sebaik-baiknya anda perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan. Selain daripada ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) untuk melihat jika ada sista (pembengkakan ovari), ujian laparoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan sama ada disebabkan endometriosis dan untuk melihat jika terdapat pelekatan dan penyumbatan pada salur fallopio. Jika diagnosis yang dibuat doktor ialah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan cara terbaik ialah jika wanita tersebut cepat hamil.

Sebab-sebab lain senggugut ialah jangkitan pada bahagian pelvik (pelvic inflammatory disease) dan juga boleh disebabkan masalah fibroid. Anda perlu menjalani pemeriksaan yang teliti supaya penyakit ini tidak melarat.

Namun, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah mengalami keguguran sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini berkemungkinan besar menghidap penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: