Hindun kapak patung dalam rumah selepas peluk Islam


Hindun binti Utbah adalah puteri pemimpin Quraisy, Utbah bin Rabi’ah dan Shafiyah binti Umaiyah bin Harithah, manakala suaminya adalah kepada pemimpin ternama kaum itu, Abu Sufyan bin Harb. Bukan itu, saja, puteranya adalah pemimpin Bani Umayyad yang masyhur, Mu’awiyah bin Abu Sufyan.

“Hindun binti Utbah adalah seorang wanita yang memiliki keperibadian dan kebesaran,” kata Ibn Abdil-Bar mengenai wanita ini.
Puteranya, Muawiyah berkata, “Pada zaman jahiliah dia memiliki kemuliaan yang besar dan dalam dalam Islam memiliki khabar yang mulia,”
Seperti Umar bin al-Khattab yang membenci Islam sebelum menerima hidayah, Hindu juga bersikap keras terhadap Islam sehingga digelar ‘wanita pemakan jantung’ kerana memamah jantung bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau syahid.

Peristiwa terkenal itu berlaku ketika Perang Uhud, Hindun mengarahkan hamba sahayanya membunuh Hamzah kerana mahu membalas dendam atas kematian saudara kandungnya, Syibah dan bapanya, Utbah di tangan Hamzah.

Dendam yang membara menyebabkan beliau sanggup membelah dada Hamzah dan mengambil jantungnya seterusnya memamahnya mentah-mentah.

Rahmat Allah meliputi segala-galanya hinggakan Hindun berjaya mendapat hidayah daripada-Nya, namun dia takut kepada Rasulullah kerana memperlakukan jasad Hamzah sedemikian rupa.
Ketika pembukaan Makkah, umat Islam berjaya memasuki kota suci itu, suaminya, Abu Sufyan menyatakan keislamannya, tetapi Hindun masih ragu-ragu untuk menerima Islam kerana bimbang tindakan yang bakal diterimanya akibat kekejamannya terhadap Islam sebelum ini.

Namun, tatkala melihat kali pertama kaum Muslimin melakukan solat di sekitar Kaabah selepas menakluk kota Makkah, hatinya tertarik pada Islam dan menyatakan baiahnya terhadap Rasulullah.

Bukan saja beliau, wanita lain turut bersamanya memeluk Islam dan mengunjungi Rasulullah di sungai berkerikil dan berbaiah dengan Baginda SAW.

Hindun mengungkapkan janjinya untuk terus bersama Islam dan bertanya adakah mereka perlu berjabat tangan dengan Rasulullah.

Rasulullah menjawab, “Sungguh aku tidak akan berjabat tangan dengan wanita. Perkataanku kepada 100 orang wanita sama seperti perkataanku kepada seorang wanita,” (Riwayat Malik, Tirmizi dan Nasa’)

Kesungguhan Hindun dalam memegang ajaran Islam terbukti sebaik saja pulang daripada bertemu Nabi Muhammad, beliau lantas mengambil kapak dan memotong patung dalam rumahnya.

Islam mengajar bahawa kembali kepada kebenaran adalah perbuatan utama dan bahawasanya sesudah kebenaran tiada sesuatu melainkan kesesatan.

Hindun cuba merenung dan memikirkan kembali perbuatannya di zaman jahiliah dan kemudian mengikut serta jihad bersama kaum Muslimin.

Comments
One Response to “Hindun kapak patung dalam rumah selepas peluk Islam”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: