Semangat saudara baru Islam tebang balak untuk buat masjid sendiri


Sekalipun terpaksa menempuh perjalanan jauh,menyusur laluan sungai dan jalan berbukit-bukau, mereka tidak pernah mengeluh.

Bergelar pendakwah, semua itu umpama asam garam dalam hidup mereka. Kemewahan dan kesenangan hidup dikota bukan lagi pilihan mereka yang bergelar pendakwah.

Kampung Expo Kemunting Taiping: 30 Mac 2014 — Tautan Rahmat Cawangan Perak dengan kerjasama pihak Masjid Kampung Expo telah mengadakan satu majlis ilmu yang bertajuk “Perkongsian Ilmu Kembara Syahadah”. Majlis ini berlangsung selepas solat Maghrib.

Ustaz Mohd Fadli Yusof,47 seorang pendakwah misi Kembara Syahadah dijemput khas oleh pihak penganjur untuk program berkonsepkan perkongsian ilmu berkaitan misi dakwah beliau bersama keluarga di pendalaman Sabah sejak Julai 2011.

 

Ust Mohd Fadli Yusof

Ustaz Fadli yang sudah 2 tahun lebih berdakwah dipendalaman Sabah tidak pernah menganggap kepayahan memasuki setiap perkampungan yang diziarahi itu sebagai beban malah melihat ia sebagai kepuasan dalam berdakwah.

Bagi yang biasa berkunjung ke Sabah,perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Keningau selama dua jam kemudian diteruskan ke Sepulut selama 2 jam bukanlah jarak yang dekat.

Beliau meneruskan misi dakwah ini ke Kampung Sandukan,kemudian bergerak ke Kampung Balantos,Salung sebelum menyusurui sungai ke Kampung Tinanduk dan akan bermalam disana.

Kemudian meneruskan lagi perjalanan ke Pensiangan dan singgah di Kampung Siwalor dan Mambo. Semua tempat ini terletak nun jauh dipendalaman Sabah (Berhampiran sempadan Kalimantan Indonesia).

Dalam aktiviti dakwah ini Ustaz Fadli tidak bersendirian,sebaliknya ditemani isteri,Siti Aishah Mohd Nordin,46, yang setia menjadi tulang belakang dalam misi dakwah ini. Malah beliau juga dibantu oleh beberapa orang anak ketika cuti sekolah serta dibantu oleh rakan sahabat yang tertarik dengan misi yang mulia ini.

Perkongsian ilmu ini bertambah menarik apabila Ustaz Fadli turut memaparkan tayangan slide dan klip video berkaitan misi kembara dakwah.

Kisah tentang terbina sebuah masjid yang diberi nama Masjid As-Syahadah di Kampung Padang Sepulut amat menyentuh para jemaah yang mendengar.

Mereka saudara baru Islam (Mualaf) di Kampung Padang Sepulut bersudah payah mencari tapak masjid,menebang pokok balak,membelah balak utnuk dijadikan tiang dan papan,mengangkut papan,tiang dan memikul semua kayu tersebut kerana mahu membina sebuah rumah Allah dengan hasil tulang empat kerat sendiri. Tanpa bantuan mana pihak luar secara khusus tentang pembinaan masjid tersebut.

” Adalah lebih baik kamu bina masjid kamu sendiri daripada menyuruh atau mengupah orang lain membina-nya,kerana jika kita bina-nya sendiri dengan keringat kita sendiri maka akan bertambah bersemangat untuk kita penuhinya nanti dengan bersolat berjemaah dan majlis ilmu berbanding jika orang lain yang membinanya untuk kamu “ – Ujar Ustaz Fadli kepada saudara baru ketika cadangan membina Masjid Syahadah.

Begitulah dari sebuah perkampungan terpencil yang hanya pada mulanya mempunyai 2 keluarga Islam bertukar menjadi sebuah perkampungan Islam yang wajar dikagumi umat Islam khususnya dinegara kita ini.

Menurut Ustaz Mohd Fadli keadaan menjadi terbalik sekarang,jika dahulunya hanya ada 2 keluarga Islam diKampung Padang dan yang lain bukan Islam,tapi kini hanya tinggal 2 keluarga yang belum menerima hidayah untuk menerima Islam dan yang lain semua sudah melafaskan kalimah Syahadah. Malah ramai individu dari perkampungan lain datang berhijrah kesitu semata-mata kerana Islam.

Sepanjang misi dakwah ini,Ustaz Mohd Fadli Yusof telah berjaya Islamkan lebih 300 individu selama berdakwah lebih dua tahun.

“Kita tidak pernah memaksa mereka,kebanyakan mereka lafaskan syahadah setelah kagum melihat akhlak dan cara hidup islam yang kita bawa,kami hanya pertontonkan kepada mereka apa itu Islam kepada mereka dan mereka tertarik”

“Tapi harus di-ingat,mereka (Saudara Baru) ibarat benih pokok yang baru mengeluarkan cambah sehelai dua daun,kita perlu pagar benih ini,kita perlu siram selalu,kita perlu baja dan kita perlu basmi segala perosak yang ada” – Ust Fadli.

Perkongsian ilmu Kembara Syahadah di Masjid Kampung Expo pada malam tadi diteruskan dengan kuliah subuh di Masjid Lama Bandar Taiping pada 31 Mac.

Rata-rata jemaah yang mendengar perkongsian ilmu dari Ustaz Fadli Yusof amat tersentuh dan berbangga dengan usaha dakwah yang dilakukan. Ada juga dikalangan jemaah yang hadir menunjukan minat untuk sertai bersama misi Kembara Syahadah bersama Ust Mohd Fadli Yusof.

 

Kisah Kembara Syahadah didalam akhbar cetak tanahair baru-baru ini
Perkongsian ilmu di Masjid Kampung Expo Kamunting Taiping
Kuliah Subuh: Ustaz Fadli bergambar bersama jemaah Masjid Lama Bandar Taiping
Ustaz Fakharuddin ketua Tautan Rahmat Cawangan Perak bergambar kenangan bersama Ustaz Mohd Fadli Yusof serta rombongan di tepi Masjid Lama Bandar Taiping
Masjid As-Syahadah dibina dengan semangat suadara baru Islam di Sabah


* Tautan Rahmat Cawangan Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fadli Yusof kerana sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat demi kelansungan misi dakwah yang mulia ini. Semoga segala urusan dakwah akan terus subur dikalangan umat Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: