Hapus minda suka bersumpah


AMALAN bersumpah begitu sinonim dengan budaya masyarakat Melayu . – Gambar hiasan

MITOS kisah sumpahan si Tanggang yang bertukar menjadi batu kerana menderhaka kepada ibunya sering menjadi imbasan dalam perbualan masyarakat Melayu berhubung isu sumpah.

Malangnya, bukan kerana takut kerana risiko sumpah selepas membabitkan Allah SWT dalam perjanjian manusia, sebaliknya apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan bermain dengan sumpah akan memakan diri.

Begitulah realiti yang membuktikan pengaruh sumpah dalam kalangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak dahulu, sehinggakan diserapkan menjadi budaya dalam pemikiran masyarakat hingga ke hari ini.

Lebih membimbangkan apabila amalan yang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu itu dilihat kian dibesar-besarkan sehingga melibatkan majlis formal.

Gambaran negatif

Perkara itu secara tidak langsung memberi gambaran negatif terhadap masyarakat Melayu, seandainya ia tidak dikawal daripada berterusan menjadi satu fenomena.

Justeru, Pensyarah Kanan Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Dr. Awang Idris berkata, bermula daripada peringkat kanak-kanak, amalan sumpah perlu dikawal supaya tidak menjadi budaya pada masa depan.

Ia katanya, memerlukan keprihatinan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka dalam usaha mengubah budaya yang kian menjadi popular itu daripada berkembang.

“Bukan sahaja menjadi sebutan golongan dewasa, namun amalan sebutan sumpah turut popular malah menjadi amalan bermula sejak daripada kanak-kanak dalam kehidupan harian mereka.

“Budaya sumpah ini lazimnya berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu sahaja. Ia kerana, sejak kecil lagi kanak-kanak didedahkan dengan perkataan sumpah sehingga sebati dalam hidup dan minda mereka.

“Ini adalah untuk membuktikan kenyataan yang dikatakan adalah benar. Justeru, perkara ini perlu dikawal oleh ibu bapa supaya tidak menjadi budaya generasi akan datang menggunakan sumpah dalam semua perkara,” katanya kepada Mega, Utusan Malaysia.

Awang berkata, berbeza dengan bangsa lain di negara ini, sumpah kurang diamalkan kerana mereka hanya meletakkan kepercayaan terus terhadap seseorang.

“Budaya sumpah yang berleluasa menunjukkan ketidakseriusan dalam sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya itu. Ia secara tidak langsung, melahirkan persepsi buruk masyarakat lain untuk meletakkan kepercayaan.

“Ia juga menunjukkan budaya yang masih berada di tahap yang kurang profesional. Berbanding budaya masyarakat di negara maju lain, sumpah tiada dalam amalan harian mereka kecuali pada keadaan tertentu.

“Begitu juga tidak ketinggalan contoh terdekat iaitu bangsa lain yang terdapat di negara ini seperti masyarakat India dan Cina,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: