Jatuh cinta kepada nabi Muhammad s.a.w bawa kepada keIslamannya


Hatinya langsung tidak terpaut dengan Islam, namun semasa di tingkatan empat, Ustazah Syarifah Hendon yang mengajar subjek Tamadun Islam mengenai bab sirah Nabi Muhammad SAW. Semenjak itu, Aisha Azra Jemal Abdullah berasa seperti berada di zaman Rasulullah SAW dan ingin mengenali agama ALLAH  SWT ini.

“Pada mulanya Aisha boleh dikatakan memang tak suka Islam, dalam hati rasa tak puas kenapa perlu orang bukan Islam belajar mata pelajaran tersebut. Aisha semasa zaman sekolah aktif dengan persatuan pelajar Kristian dan turut serta dalam program di gereja malah menjadi ahli belia angkatan Kristian.

“Aisha dulu adalah penganut Angelican. Mulanya Aisha nampak Islam seolah memaksa dan mementingkan diri daripada situ timbul rasa benci. Namun setelah Aisha tertarik dengan sirah Nabi SAW, Aisha mula rasa Islam  ini istimewa. Aisha juga berminat membaca kisah khalifah ar-Rasyidin,” katanya kepada Sinar Islam.

Menurutnya, perasaan rasa minat  yang mendalam terhadap Islam timbul dengan tiba-tiba  dan boleh dikatakan dia sudah jatuh cinta dengan kekasih ALLAH, Nabi SAW.

Dia yang mesra disapa Aisha menjelaskan ramai kawannya berbangsa Melayu dan teman rapatnya juga orang Melayu namun tidak ada seorang pun yang pernah berkongsi pasal Islam atau dalam erti kata lain tidak ada  sesiapa yang berdakwah kepadanya.

Cintai Islam secara diam

Hampir 10 tahun mencintai Islam secara diam akhirnya pada 10 Disember 2002 Aisha melafazkan dua kalimah syahadah bertemankan kakak angkat dan sahabat baiknya, Kak Fatimah dan Siti Faizah di Jabatan Agama Islam, Kuching, Sarawak.

“Aisha bersyukur kerana ibunya langsung tidak menghalang dia memeluk Islam, malah turut menasihati supaya Aisha menjadikan Islam sebagai panduan dan gaya hidup, tetapi mak ada mengatakan jangan jadi Melayu.

“Terus Aisha katakan Aisha tetap berbangsa Iban dan sebenarnya orang bukan Islam bukan tak suka Islam tetapi cara hidup orang Islam itu sendiri yang hanya Islam atas nama menyebabkan pandangan orang bukan Islam terhadap orang Islam negatif. Aisha rapat dengan mak sejak ayah meninggal ketika Aisha darjah satu.

Pada awal dia memeluk Islam, Aisha tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna, dia hanya berpuasa di bulan Ramadan dan mengelak makan makanan yang haram. Aisha teringin bersolat dan pernah bertanya kepada seorang kawan Melayu tetapi kawannya menyuruh Aisha belajar bersolat  ikut buku panduan sembahyang.

Jiwa Aisha masih tidak mengenali Islam sehinggalah Aisha mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syahira Natasha, 10 tahun dan Danial Mustaqim, 9 tahun. Aisha hidup dalam kekosongan, masih tidak mengenali Islam dan setelah berpisah dengan suami barulah Aisha mula melangkah mencari tempat belajar agama.

Pembantu rumah Aishalah yang banyak memberi dorongan dan terdetik kesedaran apabila mendengar anaknya mengaji bersama pembantu rumah.

Misi dakwah

Aisha teruja dengan cara penyampaian Dr Zakir Naik dan Ahmed Deedat dalam menyampaikan Islam. Selain itu, Aisha mula berminat dengan dakwah secara lebih aktif sejak mengikuti kursus  kader anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tahap lanjutan di mana penceramah ketika itu adalah Brother Shah kirit (Bro Shah).

Cara penyampaian Bro Shah mudah difahami dan tidak membosankan. Dalam meniti bidang dakwah ini Aisha bersyukur kerana ALLAH permudahkan perjalanan dakwahnya dan tanggal tahun 2014 ini tertubuhnya Frenz Asa (Fasa) Consultancy & Services.

Penubuhan Fasa berobjektifkan untuk memberi latihan dakwah  dan motivasi kepada saudara baru khususnya dan juga kepada saudara Muslim. Peranannya adalah untuk menyampaikan Islam itu tidak mengongkong dan tidak memaksa di samping melahirkan pendakwah. Sesungguhnya ketahuilah  agama Islam itu adalah agama yang terbaik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: