Apa dicari dalam perkahwinan?


PERNIKAHAN bukan sekadar penyatuan dua orang insan tetapi mendekatkat dua buah keluarga supaya masing-masing saling kenal-mengenali serta hidup dalam aman dan harmoni. – Gambar hiasan

BIASANYA pada musim cuti persekolahan di bulan November hingga Disember sehingga cuti tahun baru, majlis yang paling banyak diadakan ialah majlis perkahwinan. Ini kerana percutian yang panjang membolehkan sanak-saudara yang jauh datang bertandang untuk memeriahkan majlis.

Bahkan, cuti yang panjang membolehkan semua anak-anak dibawa bersama balik ke kampung, seringkali ia dianggap sebagai misi percutian. Sedikit sebanyak majlis walimatul urus yang diadakan dapat menyambung semua hubungan silaturrahim yang mulai renggang atau mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Hari ini dengan kesibukan, ahli keluarga dapat berkumpul setahun sekali atau dua kali kecuali jika ada majlis perkahwinan. Namun jika majlis dibuat di hotel atau di dewan yang jumlah jemputan dikira mengikut kepala, maka tidak semua ahli keluarga dapat hadir atau boleh hadir.

Majlis perkahwinan berbeza dengan majlis-majlis lain. Orang sanggup berbelanja beribu ringgit demi sebuah majlis perkahwinan yang ingin dikenang sepanjang hayat. Ada yang membuat pelbagai gimik seperti diarak di atas skuter atau pengantin terjun dengan payung terjun dan entah apa lagi, semata-mata mahukan hari istimewa itu benar-benar unik serta lain daripada majlis orang lain.

Malah tidakurang juga pasangan mempelai yang memilih tarikh-tarikh istimewa, seperti 11.12.13 atau 13.12.13 atau 14.1.14 dan sebagainya. Maka itu, majlis perkahwinan telah dirancang awal dan disusun rapi supaya tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Bergolok-bergadai

Demi sebuah pernikahan, ada pasangan dan keluarga sanggup bergolok-bergadai untuk memastikan ia menjadi satu hari yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Selepas majlis pula, pasangan telah menyiapkan destinasi bulan madu. Hakikatnya, mereka mahu menikmati “malam pertama” dengan penuh kenangan manis.

Islam amat menganjurkan pernikahan seperti dalam firman Allah yang bermaksud, …maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan… (al-Nisa’: 3) dan Dan kahwinlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan… (al-Nur: 32)

Islam juga mengariskan hukum perkahwinan daripada wajib, sunat, makruh dan haram. Sebenarnya berapa ramai pengantin dan bakal pengantin tahu mengenainya? Hari ini generasi Y ini mengambil mudah isu perkahwinan sehinggakan semua urusan diurus keluarga dan ditanggung keluarga. Orang dahulu, tidak akan berkahwin jika anak lelaki tidak bekerja atau tidak cukup wang yang dikumpul hasil titik peluh mereka sendiri. Malah ibu bapa malu pergi meminang kerana takut pinangan ditolak dek kerana si teruna belum bekerja.

Hari ini, ramai dalam kalangan pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT) telah berkahwin sebelum memiliki pendapatan sendiri dan ada yang berkahwin menggunakan wang pinjaman pengajian dan berharap akan menanggung isteri menggunakan wang tersebut. Alasan yang diberikan ialah untuk mengelak daripada berzina atau melakukan perkara mungkar sedang Nabi SAW telah bersabda: Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanggungjawab

Jika diamati ramai yang merasakan ia mampu berkahwin kerana desakan nafsu namun tidak ramai yang terfikir, tanggungjawab perkahwinan itu termasuk memberi isteri nafkah zahir dan batin bagi lelaki dan bagi isteri, mentaati suami. Semasa saya belajar di luar negara, ramai dalam kalangan kawan-kawan yang berkahwin semasa belajar kerana takut berzina. Di luar negara keadaannya berbeza. Kita tidak tinggal di asrama seperti di Malaysia. Mereka menyewa rumah beramai-ramai dan mengurus kehidupan seharian sendiri seperti memasak, membasuh dan mengemas rumah serta mengikuti kuliah.

Perbezaan tanggungjawab dan keperluan, menjadikan ramai pelajar di luar negara lebih matang. Kematangan ini menyebabkan mereka merasa ada keinginan berumah tangga ditambah pula tiadanya sekatan adab susila seperti di Malaysia. Di luar negara, pelajar bebas tinggal dengan siapa yang mereka mahu. Tiada pegawai pencegah maksiat yang akan menangkap pasangan yang bersekedudukan. Kekuatan iman dan keyakinan tentang dosa pahala adalah satu-satunya pendinding diri daripada melakukan maksiat. Sebab itulah, saya memahami mengapa mereka berkahwin semasa belajar. Ia kerana takut terjerumus ke kancah maksiat. Bagi yang perempuan pula, mereka perlukan pelindung daripada insan yang bernama suami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: