Imam Abu Hanifah dan Terompah kayu


al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba
ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.
Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti ”
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu
tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-
Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-
Imam Abu Hanifah.
al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut.
Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”
Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”
Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-
Imam al-A’dzam ini… Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: