Hijrah akidahku


Arnoud Van Doorn dahulunya sering mengkritik Islam, namun akhirnya hatinya terpaut pada ajaran agama itu.

TIGA hari lalu, kita baru sahaja meraikan Maal Hijrah iaitu sambutan tahun baru bagi umat Islam. Mungkin setiap dalam kalangan kita sudah menanam azam untuk melakukan sesuatu perubahan terbaik pada masa hadapan.

Perubahan atau transformasi merupakan wacana amat digalakkan dalam agama Islam, apatah lagi untuk menjadi umat terbaik di sisi Allah SWT.

Dalam merencanakan agenda perubahan itu, individu yang patut dicontohi adalah Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan baginda sebagai model ikutan untuk memenuhi matlamat hijrah.

Selain baginda, golongan saudara baru atau mualaf yang telah lama mempelajari dan memeluk Islam merupakan individu yang paling layak dicontohi dalam menghayati semangat hijrah.

Mereka melangkah ke alam baharu merupakan satu pengorbanan yang tidak ternilai. Setiap langkahnya mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.

Antara kisah penghijrahan menarik ialah yang membabitkan seorang pemimpin politik Belanda, Arnoud Van Doorn. Dia bukan sahaja anti-Islam tetapi telah menerbitkan filem bertajuk Fitna yang menghina Rasulullah SAW.

Bahkan Van Doorn lantang mengkritik agama Islam. Tetapi dengan izin Allah SWT, dia akhirnya memeluk agama Islam.

Hal demikian gara-gara tindakan Van Doorn yang mendalami agama Islam sejurus penghinaan beliau kepada Rasulullah, sekali gus membuka hatinya untuk beriman kepada Allah SWT.

Dipaparkan tiga kisah ini diharap menjadi contoh dan pembakar semangat kepada semua umat Islam untuk berubah ke arah terbaik seperti mana dilakukan Rasulullah yang berhijrah ke Madinah dan akhirnya mendatangkan sinar cahaya kepada agama Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: