Dulu Budha Kini Pendakwah Islam


Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Firdaus Wong Wai Hung sedang memberi penerangan mengenai Islam kepada orang awam dalam program Street Dakwah.

SABDA Rasulullah SAW maksudnya: Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Mekah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah menyahutnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bukan sahaja bersempena permulaan tarikh bagi kalendar Islam, Awal Muharam atau Maal Hijrah juga dikaitkan dengan peristiwa besar iaitu penghijrahan umat Islam dari Kota Mekah ke Madinah, hakikatnya merupakan simbolik terbesar bagi seluruh manusia.

Namun, ramai yang terlupa, umat Islam sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih penting sebagaimana seruan Rasulullah SAW menerusi hadis di atas iaitu hijrah dalam berjihad dan niat.

Hijrah dalam konteks masa kini yang membawa maksud perubahan iaitu daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada baik kepada lebih baik, sebenarnya memerlukan keteguhan niat dan jihad yang tinggi.

Menyingkap kisah penghijrahan, tiada yang mudah dan ia menuntut kepada pengorbanan yang tinggi sehingga mempertaruhkan nyawa, harta dan jiwa demi Allah SWT semata-mata.

Segalanya demi Street Dakwah

USIA muda yang lazimnya orang ramai berlumba-lumba mengejar impian dan cita-cita dalam menikmati kejayaan dunia, namun berbeza dengan apa yang dilakukan oleh anak muda berbangsa Cina ini.

Firdaus Wong Wai Hung, 30 atau dikenali Saudara (Bro) Firdaus yang asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan berhijrah akidah walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum ini.

Malah hidayah Ilahi yang diterima serta sekelumit keinsafan diri, Firdaus yang mempunyai seorang isteri dan empat orang anak sanggup melepaskan kerjaya sebagai ketua pengurus kewangan di sebuah syarikat antarabangsa demi mencari keredaan Allah SWT.

Kini, berkat usaha gigihnya yang tidak pernah jemu dalam menyebarkan syiar Islam, Firdaus telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri.

Berkongsikan kisah hidupnya sebelum memeluk Islam, Firdaus berkata, tiada beza antara semua agama jika menilai sesuatu agama itu dengan melihat kepada gaya hidup penganutnya.

Ini kerana katanya, kebanyakan kenalan beragama Islam yang dikenalinya mengamalkan cara hidup sama sepertinya malah ada yang mengajak untuk melakukan maksiat.

“Suatu hari hati saya mula terfikir mengenai tuhan yang sebelum ini tidak pernah terlintas di hati saya untuk memikirkan mengenai agama. Ini kerana saya merasakan cara hidup saya sekarang adalah salah dan terdetik untuk mengetahui mengenai agama Islam.

“Saya percaya kepada tuhan dan pada mulanya saya meletakkan kriteria tuhan bukan dalam kalangan manusia. Apa guna sembah tuhan dalam kalangan manusia, jika akhirnya saya juga boleh menjadi tuhan,” katanya ketika ditemui.

Setelah lama mencari, Firdaus berkata, hinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk bertanyakan mengenai Islam kepada salah seorang kenalan beragama Islam.

“Tuhan wujud tapi tidak nampak, seperti angin. Kita rasa angin tetapi tidak dapat lihat dan pegang. Sedangkan angin yang tuhan ciptakan pun kita tak nampak, apatah lagi tuhan yang menciptakan angin itu. Itulah yang dia katakan kepada saya.

“Walaupun jawapan yang diberikan adalah suatu yang biasa, tetapi bagi saya ia logik dan boleh diterima. Setelah memikirkan jawapan itu, saya percaya inilah tuhan yang saya harus sembah,” ujarnya yang memeluk Islam pada usia 22 tahun.

Firdaus berkata, setelah memeluk Islam, beliau merasakan suatu kerugian jika tidak berkongsikan keindahan dan kemanisan yang dirasai itu kepada orang lain.

“Kebetulan saya seorang yang tahu menggunakan Internet. Memanfaatkan kemahiran itu, saya membuka akaun di media sosial seperti Facebook dan blog. Menerusi saluran itu saya mula berkongsi dan membuka laman soal jawab mengenai Islam.

“Alhamdulillah, ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai yang sebenarnya ingin mengetahui mengenai Islam. Itu mendorong lagi semangat saya untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam pada 2010 yang dikenali sebagai MRM,” jelasnya yang juga presiden pertubuhan itu.

Selain menjadi saluran informasi agama Islam dan memantau perkembangan mualaf, antara program dakwah yang dilakukan MRM adalah dengan menganjurkan dakwah jalanan (Street Dakwah).

Firdaus berkata ahli pertubuhannya akan pergi ke kawasan tumpuan ramai dan mengedarkan risalah Islam dan tafsir al-Quran kepada masyarakat bukan Islam selain menerangkan Islam kepada mereka.

“Bertepatan dengan konsep kaedah dakwah pertubuhan kami iaitu, ‘membawa masjid, keluar daripada masjid’ kami aktif mengadakan Street Dakwah di kawasan tumpuan ramai seperti di Bukit Bintang, Petaling Street, Jonker work, Melaka dan di seluruh negara.

“Dengan kaedah ini, kami dapat menerangkan mengenai Islam kepada orang golongan bukan Islam, dan ia mendapat sambutan yang baik. Sehingga kami pernah mengIslamkan beberapa orang di situ juga,” katanya.

Firdaus berkata, bagi menumpukan sepenuh masa terhadap dakwah beliau melepaskan jawatan di dalam sebuah syarikat yang memperoleh pendapatan mencecah lima angka sebulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: