Membuka salur darah jantung tersumbat
http://ini-kalilah.blogspot.com, |
BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat [MESTI BACA…]Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.
Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.
As Salam Tuan, Terima kasih kerana perkongsian di atas. Boleh tuan terangkan kaedah pembuatan jus bawan putih dan halia? Adakan sejumlah bawang putih atau halia di blend dgn sedikit air? Jika ya, saya ingin tahu berapa berat setiap satu jenis, i.e. bawang putih dan halia dan diblend dalam berapa isipadu air? Jawapan tuan amat dihargai..
Terima kasih.
Saya
Abd Rahman Bin Mohd Rais