Kisah Khalid Al Walid diberikan makanan beracun


Abu Ya’al,Baihaqi dan Abu Nu’aim pernah mendengar Abu Safar berkata: Waktu Khalid bin Walid berjaya menawan Kota Hira di Parsi , para sahabatnya menasihati dia supaya berhati-hati ketika makan, kerana orag-orang di Hira sering memberi racun kepada musuh mereka.

Tetapi Khalid bin Walid terus juga makan apa jua makanan yang diberikan kepadanya oleh musuh, walaupun makanan itu memang telah diracuni , tetapi Khalid bin Walid tidak mati akibatnya.

Khalid bin Walid hanya membaca “bismillah” sebelum makan. Al Kulbi bercerita: Ketika Khalifah Abu Bakar mengutus Khalid bin Walid ke Hira, dan pasukan islam berjaya menawannya, seorang ketua suku kaum di situ bernama Abdul Masih membawa makanan beracun untuk Khalid.

Walaupun beliau tahu adanya racun dalam makanan itu Khalid terus juga memakannya dengan membaca “Bismillah la yadhurru ma’as-mishi daak“.

Abdul Masih tercengang melihat perbuatan Khalid itu, lalu dia pulang kepada kaumnya dan berkata: Hai kaumku, berdamailah dengan mereka. Aku sendiri lihat, ketua mereka makan racun tetapi tidak binasa.’

Ibnu Saad meriwayatkan dari Muharrib bin Dathar bahawa Khalid pernah diberitahu ada seorang lelaki di tengah tenteranya yang membawa khamar (arak) sebagai bekal.

Bila Khalid mencari dan bertemu dengan orang itu, dia bertanya :
“Apakah yang kamu bawa dalam bekas airmu?”Orang itu menjawab:”Cuka”.

Khalid pun berdoa: Ya Allah jadikanlah ia cuka ! Bila orang itu membuka tempat airnya dia melihat khamar (arak) di dalamnya telah menjadi cuka.

Comments
One Response to “Kisah Khalid Al Walid diberikan makanan beracun”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: