Kasih Ibu Sampai Ke Mati


Oleh zuri3389

“Nurse…boleh tengok bayi saya..” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengan dan tidak kepada seorang jururawat . Sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. Si Ibu menyambutnya dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya Cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus Berlalu…..
Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan “Mereka kata saya cacat…..” katanya kepada si Ibu.
Si Ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Dua tahun berlalu….
“Anakku…kita akan menemui
doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi…….dia mahu dirinya dirahsiakan….” kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru-kacak serta bijak. Pelajaranya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah.
“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya….. tanyalah siapa pun Kenalannya.”

“KECANTIKAN SESEORANG BUKAN TERLETAK PADA FIZIKAL TETAPI DI HATI. CINTA SEJATI BUKAN PADA APA YANG DILAKUKAN DAN DIHEBAH-HEBAHKAN TETAPI PENGORBANAN TANPA DIKETAHUI.

Petikan ini saya ambil dari Majalah Mastika Mac Tahun 2003. Semoga apa yang dipaparkan ini mendapat satu pengajaran…….bahawa kasih sayang seorang itu walaupun tidak ditunjukkan di depan mata……tetapi hanya meninggalkan satu kesan kenangan yang kita abai dan lupakan… itu lah kasih sayang tanpa pengucapan……

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: