Ibu baik, ikhlas raih ganjaran istimewa


Ibn Umar melaporkan, Rasulullah SAW bersabda: Wanita yang hamil sehingga melahirkan dan menghentikan anaknya daripada menyusu akan mendapat pahala seperti pahala orang yang syahid di jalan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia ketika proses kelahiran, dia akan mendapat pahala mati syahid. (Direkodkan oleh Ibn al-Jauzi)

Golongan mati syahid
Rasyid bin Hubaisy melaporkan, Rasulullah menjenguk Ubadah bin as-Shamith yang sedang sakit. Baginda bertanya: Tahukah kamu, siapakah yang mati syahid dari umatku? Orang ramai yang berada di tempat itu hanya membisu. Lalu, Ubadah berkata: Bantulah aku untuk duduk. Mereka pun menyandarkannya. Ubadah berkata: Iaitu orang yang sabar dan selalu bersyukur, ya Rasulullah.

Baginda bersabda: Sekiranya begitu, syahid daripada umatku sangat sedikit jumlahnya. Orang yang gugur di jalan Allah adalah syahid, orang yang meninggal kerana penyakit taun adalah syahid, orang yang mati lemas adalah syahid, orang yang meninggal kerana sakit di dalam perut adalah syahid dan ibu yang meninggal kerana melahirkan akan ditarik ke syurga oleh anaknya. (Direkodkan oleh Muslim dan Abu Dawud)

Abu Hurairah melaporkan: Terdapat dua orang wanita yang sedang duduk bersama anaknya. Tiba-tiba, datang seekor serigala dan melarikan anak daripada salah seorang wanita itu. Wanita yang lain berkata: Serigala telah melarikan anakmu. Wanita yang lain berkata: Serigala itu melarikan anakmu.

Mereka telah mengadukan perkara itu kepada Nabi Daud. Lalu, Nabi Daud memutuskan bahawa anak yang terselamat itu adalah anak daripada wanita yang lebih tua. Lalu, mereka menemui Sulaiman bin Daud dan menceritakan perkara yang sama kepadanya.

Sulaiman berkata: Ambilkan aku pisau. Aku akan membelah anak itu untuk dibahagikan kepada kamu berdua. Wanita yang lebih muda berkata: Jangan lakukan demikian, semoga Allah merahmatimu! Biarlah dia menjadi anaknya. Sulaiman pun memutuskan anak itu adalah anak wanita yang lebih muda. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran ibu baik

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah bersabda: Aku adalah orang pertama yang akan membuka pintu syurga. Aku melihat terdapat seorang wanita yang mendahuluiku. Aku bertanya kepadanya: Apa yang telah kamu lakukan? Wanita itu menjawab: Aku adalah wanita yang mengasuh anak-anakku yang sudah yatim (tidak bernikah lagi selepas suaminya meninggal dan mengurus anak-anaknya). (Diriwayatkan oleh Abu Yala)

Begitulah ganjaran kepada ibu yang baik kerana semua yang dilakukan ikhlas kerana Allah akan memberikan mereka hasil istimewa nanti. Mungkin sekarang dirasakan kepayahan, tetapi hakikatnya, yang menanti adalah sesuatu yang membahagiakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: