MULUT FIRAUN DISUMBAT TANAH


   Imam Tarmizi di dalam sunannya telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawasanya nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Ketika Firaun hampir lemas maka dia telah berkata : Aku telah beriman bahawasanya tiada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel ( maksud ayat 90 surah Yunus). Maka malaikat Jibril telah memberitahu : Wahai Muhammad! maka sekiranya engkau melihatku dan aku telah mengambil sedikit daripada tanah di dasar laut. Maka aku telah menyumbatnya ke dalam mulutnya dalam keadaan bimbang dia (Firaun) akan mendapat rahmat Allah.

Abu Isa telah berkata bahawa hadis ini martabatnya Hasan

RIngkasan Cerita

   Al-Quran telah banyak menceritakan kepada kita mengenai kebiadapan dan kezaliman Firaun serta sifat taghut dan takabburnya. Begitu juga ia menceriatak bagaimana Allah telah menurunkan azab dunia kepada Firaun dan bala tenteranya iaitu menenggelam dan menghancurkan mereka di dalam laut. Malaikat Jibril telah menyaksikan bagaimana mereka ditenggelam dan dihancurkan oleh Allah. Pada suatu hari malaikat Jibril telah menemui rasulullah S.A.W dan menceritakan mengenai keadaan Firaun ketika hampir mati lemas yang mana dia telah mengucapkan : Aku telah beriman bahawasanya tiada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel. Melihat perkara ini menyebabkan Jibril terus mengambil tanah dari dasar laut lalu menyumbatnya ke mulut Firaun.Ini adalah bertujuan untuk mengelak Firaun daripada sempat mengucap kalimah tauhid. Jibril bimbang jika Firaun dapat mengucapkannya akan menyebabkan Firaun mendapat rahmat Allah dan taubatnya diterima sedangkan sebelum ini dia merupakan musuh Allah dan rasulNya yang paling ketat dan sentiasa menzalimi mereka yang beriman.

   Tindakan Jibril ini merupakan satu tindakan untuk menunjukkan perasaaan terlalu marah dan benci kepada kezaliman dan kekufuran serta kefasadan yang ada pada diri Firaun yang mana sepanjang hidupnya dia sentiasa memerangi mereka yang beriman dan juga membawa fitnah yang besar kepada mereka.Mungkin menjadi tanda tanya kepada kita mengapa Jibril tidak membiarkan sahaja Firaun mengucap kalimah tauhid sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu. Jawapannya adalah seseorang hamba yang benar-benar beriman sehingga timbul di dalam hatinya perasaan terlalu benci kepada mereka yang zalim dan kufur yang menyebabkan mereka berdoa kepada Allah agar tidak menerima taubat mereka yang zalim dan tidak menganugerahi kepada mereka sebarang rahmat. Ini dapat dilihat kepada apa yang berlaku kepada nabi Musa yang mana dia memohon agar Allah menutup hati Firaun dan pengikutnya sehingga mereka melihat azab Allah yang pedih sebagaimana maksud ayat 88 surah Yunus: Musa berkata : Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Firaun dan pembesar-pembesar kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Wahai Tuhan kami! akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalan Engkau. Wahai Tuhan kami! binasakanlah harta benda mereka dan tutuplah hati mereka maka mereka tidajk beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih.

     Jika masih ada persoalan mengenai mengapa Jibril masih menganggap Firaun akan diampuni oleh Allah sedangkan Allah tidak menerima taubat mereka yang bertaubat ketika azab telah tiba dan ketika nyawa berada dihalkum. Jawapannya adalah Jibril hanya melakukan perkara itu berdasarkan kepada zhon(perkiraannya) sahaja.

Faedah dan pengajaran hadis

1. Betapa besarnya rahmat Allah yang menyebabkan Jibril begitu bimbang kerana dia tahu bahawa Firaun akan mendapat rahmat Allah sekiranya dia sempat mengucapkan kalimah tauhid ketika hampir lemas.

2. Kelebihan kalimah tauhid yang menyebabkan Jibril bimbang ianya mampu dilafazkan oleh Firaun yang boleh membawa kepada mendapat rahmat Allah. Apatah lagi kepada mereka yang masih hidup dan sihat maka kalimah ini adalah lebih memberi kelebihan dalam kehidupan mereka yang mana Allah akan menganugerahkan pahala dan balasan yang besar kepada mereka yang mengucapkannya.

3. Perasaan penuh kebencian para malaikat terhadap mereka yang zalim dan kufur serta melakukan jenayah sehingga kita dapat lihat bagaimana Jibril telah menyumbat tanah dari dasar laut ke mulut Firaun ketika dia hampir mati lemas.


Bibliografi 1. Al-Quran al-karim

2. Sohih Qisos an-Nabawi, D. Umar Sulaiman Abdullah al-Ashqar, Darul an-Nafais

Comments
2 Responses to “MULUT FIRAUN DISUMBAT TANAH”
  1. ARAB '95 berkata:

    Boleh terangkan sifat-sifat dan ciri-ciri fizikal Firaun?

  2. Reblogged this on Sintesis Cinta Illahi and commented:
    Ilmu, berharga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: