6 Makanan Berkhasiat Tangani Tekanan stress


Oleh SuaraBawahTanah

Percaya tak sekiranya Belalang katakan salah satu faktor berat badan naik adalah disebabkan tekanan? Mungkin anda tidak perasan, tetapi kajian menunjukkan yang seseorang individu akan makan lebih banyak ketika berada dalam situasi tekanan.

Untuk mengubah tabiat ini mungkin agak sukar memandang kita sudah terbiasa dengan cara sebegitu. Apa yang dapat dilakukan adalah dengan memilih makanan yang lebih berkhasiat diambil ketika tekanan.

Disini Belalang senaraikan 6  makanan berkhasiat tangani tekanan. Info ini Belalang petik dari Yahoo News!

Emping Jagung /Bijirin Beras Rangup

Walaupun makanan ini rendah gula, namun ia diperkaya dengan vitamin B dan Asid Folid yang dapat membantu anda mengurangkan tekanan. Gantikan tabiat anda memakan makanan ringan atau snek dengan makanan ini. Walaupun anda makan pada waktu malam, anda boleh tidur lena tanpa memikirkan berat badan anda.

Susu

Anda mungkin tahu bahawa susu tinggi dengan anti oksidan, Vitamin B2, B12, Protein dan kalsium. Nikmati emping jagung atau bijirin beras rangup bersama semangkuk susu rendah lemak di waktu pagi sebelum memulakan hari anda. Ia juga merupakan agen anti tekanan yang paling berkesan.

Tuna

Gantikan nasi dengan sandwich tuna untuk makan tengah hari. Tuna tinggi dengan Vitamin B6 dan B12 iaitu Vitamin penting dalam menangani tekanan. Jangan menggunakan mayonis yang banyak dalam penyediaan hidangan tuna. Jika mahu, gantikan Mayonis yang anda biasakan dengan mayonis rendah lemak.

Keju Cottage dan Buah

Keju Cottage kaya dengan protein dan kalsium. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya adalah rendah gula dan tidak menyebabkan darah tinggi. Cuba makan Keju Cottage bersama buah yang kaya dengan Vitamin C seperti oren. Anda akan berasa kenyang sepanjang hari.

Pasta dan beras perang

Sekuat mana pun anda untuk cuba mengelak makanan karbohidrat seperti nasi, mungkin ia agak sukar kerana karbohidrat meningkatkan serotonin dalam badan dan memberi kesan tenang dalam diri. Dalam banyak – banyak jenis karbohidrat, pasta dan beras perang terbukti berkesan melegakan tekanan. Ia mengandungi kompleks karbohidrat yang akan memberikan anda tenaga sepanjang hari terutama ketika anda sedang tekanan.

Badam

Inginkan sesuatu untuk mengunyah ketika tekanan di pejabat? Badam merupakan sumber makanan yang bagus dengan vitamin B2, E, Magnesium dan Zat Besi. Seperti vitamin C, vitamin E melawan radikal –radikel bebas yang bercampur dengan stress dan boleh menyebabkan penyakit jantung.

Jadi selepas ini anda mungkin boleh cuba amal pengambilan makanan-makanan yang disenaraikan di atas.

Selamat mencuba!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: