Enggan sarung jersi bola guna sistem RIBA


demi mempertahankan syariat Islam, Papiss Cisse enggan mematuhi arahan majikannya.

GARA-gara atas keengganan menyarung jersi, tunggak utama kelab bola sepak Newscatle United telah dilarang untuk menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain.

Larangan itu tercetus akibat kedegilan penyerang pasukan bola sepak berkenaan, Papiss Cisse untuk memakai jersi pasukan bola sepak berkenaan kerana dikatakan ditaja oleh salah sebuah syarikat pinjaman mengenakan kadar bunga yang tinggi.

Tindakan itu memaksa warga Senegal itu untuk berlatih seorang diri sehingga tempoh yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kelab Newcastle United.

Amalan mengenakan bunga berlebihan atau dikenali sebagai riba adalah dilarang di sisi agama Islam.

Menurut sebuah akhbar tabloid Britain, isu berkenaan bermula apabila empat pemain Newcastle United dikatakan akan memboikot memakai jersi tajaan Wonga.Com kerana menjalankan perniagaan bertentangan dengan syariat Islam.

Laporan akhbar itu turut menyatakan bahawa Papiss Cisse sanggup memakai jersi lain berbanding baju yang menjalankan urus niaga riba.

Selain Papiss Cisse, pemain beragama Islam dalam pasukan Newcastle United ialah Demba Ba, Cheick Tiote dan Hatem Ben Arfa.

Malah para pemain berkenaan menyatakan usaha mengenakan kadar bunga sehingga 4.2 peratus adalah sangat melampau selain bertentangan dengan syariat Islam.

Situasi itu mengingatkan pemain bola sepak kelab Bolton, Frederic Kanoute yang enggan menyarung jersi pasukan itu kerana ditaja selain memaparkan logo laman web perjudian, 888.com.

Oleh kerana judi dilarang oleh Islam, Frederic Kanoute tidak akan sesekali memakai jersi dan jika memakainya, beliau dianggap seolah menyokong amalan tersebut.

Namun, kelab Bolton terpaksa mengalah dengan menggugurkan tajaan itu dan menerima sumbangan daripada pihak lain setelah mendapat tentangan dan kritikan daripada peminat dan ahli politik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,123 other subscribers
%d bloggers like this: