Kaffarah Puasa


Sebab dikenakan kaffarah

        Rosak atau batal puasa disebabkan bersetubuh dalam bulan Ramadhan dengan syarat dia ingat dan tahu tentang haram melakukannya serta dia pula bukanlah orang yang bermusafir lebih daripada had yang dibolehkan rukhsah iaitu 2 marahalah.Jika bersetubuh disebabkan perkara dibawah maka dia hanya diwajibkan menggantikannya (qadha’) sahaja iaitu :

1. Lupa bahawa dia sedang berpuasa2.Jahil tentang haramnya

3. Bersetubuh bukan dalam puasa Ramadhan

4. Batal puasanya disebabkan perkara lain secara sengaja sebelum bersetubuh tetapi ramai ulama’ tetap mengharam dan mengenakan kaffarah semata-mata bersetubuh dalam bulan Ramadhan samada batal kerana bersetubuh ataupun batal dengan perkara lain dahulu secara sengaja sebelum bersetubuh.

5. Dia bermusafir yang mana lebih daripada 2 marhalah yang membolehkan dia berbuka.

Mereka yang diwajibkan kaffarah

        Suami merupakan orang yang diwajibkan kaffarah dan tidak dikenakan ke atas isteri ataupun perempuan yang disetubuhi(hamba misalnya)sekalipun dia berpuasa. Ini adalah disebabkan orang yang menyetubuhi(suami) yang bersalah dan sesuailah Islam mengenakan ke atas mereka sahaja kewajipan kaffarah.

Kadar Kaffarah

        Kaffarah yang dikenakan ke atas mereka yang rosak atau batal puasa ramadhan disebabkan bersetubuh adalah membebaskan hamba yang beriman samada hamba lelaki ataupun perempuan. Sekiranya tiada ataupun dia tidak mampu maka diwajibkan berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sekiranya dia masih tidak mampu untuk berbuat demikian maka dia diminta memberi makan 60 orang miskin yang mana setiap daripada mereka secupak beras. Sekiranya dia masih tidak mampu untuk menunaikannya maka zimmah ataupun kewajipan untuk menunaikan salah satu kaffarah tersebut berada atas bahunya untuk ditunaikan selepas dia mampu berbuat demikian. Dalil yang berkaitan dengan hukum ini diambil daripada hadis Rasullah S.A.W ketika menyelesaikan masalah seorang lelaki yang mengadu kepada baginda S.A.W mengenai masalahnya yang melakukan persetubuhan pada bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W telah menyelesaikan masalah itu sebagaimana hukum yang tersebut di atas.        Perlu diketahui juga di mana wajib ke atas orang yang melakukan persetubuhan itu menunaikan kaffarah disamping menggantikan hari yang mana dia bersetubuh. Kaffrah akan berganda mengikut bilangan hari yang mana dia melakukan kesalahan bersetubuh.

        Semoga peringatan dan catatan ringkas ini mampu menguraikan beberapa kemusykilan yang ada.


Biografi1. Al-Feqhul Minhaji, karangan Profesor Mustafa Al-Khan dan sahabatnya, Darul Qalam

Comments
4 Responses to “Kaffarah Puasa”
  1. shafifah berkata:

    Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan 2009

    Klik :

  2. Hayati berkata:

    Salaam,

    Soalan2 saya :

    1) secupak beras bersamaan dgn berapa timbangan berat dlm kiraan metriks? contoh dlm kilogram dan gram?

    2) Bolehkah diletak semua beras itu di mana2 rumah anak yatim? Sekiranya tidak, di manakah harus diberikan beras itu memandangkan utk mencari 60 org2 miskin sekaligus agak sukar..

    3) Maaf kan saya…tapi jika senario nye…isteri juga sama2 menjadi penyebab( menggalakkan) berlakunya jimak di siang hari pd bulan Ramadhan, adakah tetap kaffarah itu hanya jatuh pada si suami?

    4) Lanjutan dr soalan 3 di atas, sekiranya isteri juga wajib membayar kaffarah, tidak mengapakah sekiranya kos kaffarah si isteri utk membeli beras itu ditanggung oleh si suami?

    Terima kasih, Wassalam.

  3. klamaruzaman berkata:

    jimak disiang hari bulan ramadan (jimak diwaktu imsak)
    adakah kena kafarah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: