Iktibar daripada Musibah jerebu


YA Allah, turunkan hujan kepada kami dengan hujan yang menolong, menyenangkan, menyuburkan, bermanfaat, tidak membahayakan, segera dan tidak ditunda lagi.”

Demikian petikan doa Nabi Muhammad SAW untuk memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan hujan seperti yang diriwayatkan dalam hadis Abu Daud.

Musim kemarau yang berlaku di tanah air sejak kebelakangan ini merupakan satu musibah kepada seluruh rakyat dengan terjadinya kejadian jerebu akibat pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.

Situasi jerebu bukan sahaja mendatangkan keadaan cemas apabila kualiti udara di beberapa kawasan khususnya ibu negara menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan bacaan berbahaya tetapi memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Kejadian berkenaan telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang. Termasuk bertindak menutup sekolah dan tadika di kawasan-kawasan yang mencatat jumlah IPU mencecah 300.

Namun, di sebalik musibah itu jelas menunjukkan bahawa walau sehebat mana seseorang manusia itu, mereka perlu menginsafi sebagai golongan yang lemah dan tidak terdaya jika ditimpa bencana dalam apa keadaan sekalipun.

Perlu diingati bencana itu berlaku melainkan untuk mengajak manusia khususnya umat Islam bagi mengingati Allah sebagai tuhan penyelesai segala masalah.

Sebab itu agama Islam mensyariatkan solat Istiqa atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai sembahyang memohon hujan.

Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, jika dilihat kembali objektif pensyariatan solat Istiqa, amalan itu bertujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah di saat musibah melanda.

Ujar beliau, manusia sebagai hamba yang lemah, golongan itu amat memerlukan bantuan khususnya daripada Allah sebagai tuhan sekalian alam agar diizinkan untuk diturunkan hujan bagi menyiram tanah yang kering-kontang.

Tambah Fadlan, mesej tersirat itu dilihat mengajak manusia supaya bertaubat terhadap dosa lalu kerana kemungkinan musibah yang melanda itu terjadi akibat kesilapan lalu.

“Maka dengan sebab itu umat Islam disunatkan melakukan sedekah, berpuasa, berpuasa sunat dan sebagainya sebelum menunaikan solat Istiqa agar sebelum menadah tangan kepada Allah, jiwa seseorang manusia itu sentiasa bersih.

“Bahkan selepas selepas solat Istiqa, imam akan membaca khutbah yang mengandungi peringatan agar umat Islam menjauhi maksiat, dosa dan sebagainya,” katanya.

Menterbalikkan selendang

Mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW ketika berdoa kepada Allah untuk memohon diturunkan hujan, baginda akan menterbalikkan selendang di kepalanya.

Tindakan itu berpandukan hadis riwayat Abu Hurairah yang berkata: “Nabi Muhammad SAW keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istiqa, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah. Kemudian baginda menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendang di kanan lalu diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan.”

Ketika ditanyakan apakah simbolik sebalik tindakan itu, Fadlan berkata, para ulama menterjemahkan perbuatan tersebut dengan permintaan baginda yang bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan supaya Allah menurun hujan dengan segera.

Menurut Fadlan, sehubungan itu umat Islam disunatkan menterbalikkan pakaian yang berada di tubuh badan sebagai tanda pengharapan.

“Di saat suasana kering-kontang, kita amat memerlukan hujan dan selain berdoa, usaha itu diterjemahkan melalui tindakan menterbalikkan pakaian,” kata Fadlan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: