Juraij difitnah pelacur


KENALKAH kalian dengan Juraij, seorang ahli ibadah yang kuat mengerjakan ibadah. Pada suatu hari, semasa Juraij khusyuk beribadah, datanglah ibunya memberi salam dan memanggil namanya berulang-ulang, namun Juraij khusyuk menunaikan solat

Juraij bermonolog dalam hatinya:  “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Sebanyak tiga kali ibunya bertandang ke rumah Juraij hampa kerana Juraij tidak menyahut panggilannya.

Ibunya terkesan lalu berdoa: “Ya ALLAH SWT! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah pelacur!”

Dipendekkan cerita, Juraij didatangi seorang pelacur lalu cuba menggodanya, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang penggembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, penggembala itu menyetubuhi pelacur itu sehingga hamil. Sebaik bersalin pelacur mendakwa: “Ini adalah anak Juraij.”

Orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?”. Mereka menjawab: “Engkau melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”. Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”. Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

Selesai bersolat, Juraij mendatangi bayi itu, memukul perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?”

Bayi itu menjawab: “Ayahku si penggembala kambing.”

Terbukti bukan, makbulnya doa seorang ibu. Setiap anak wajib mendahulukan ibunya dalam apa jua hal sekalipun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 61,126 other subscribers
%d bloggers like this: