Dulu Hina Kini Muliakan Islam


Susunan JUANI MUNIR ABU BAKAR

JIKA dahulu Arnoud Van Doorn bersama-sama rakan-rakan seperjuangan politiknya sering memandang negatif terhadap agama Islam, tetapi setelah mengkaji dan menyelidik ajaran agama itu, akhirnya beliau beriman kepada Allah SWT.

Bekas anggota Parti Kebebasan berhaluan kanan selain berfahaman anti-Islam Belanda itu telah mengejutkan pelbagai pihak termasuk rakan-rakan sealiran apabila beliau mengumumkan telah memeluk Islam baru-baru ini.

Bahkan pengumuman tersebut dilakukan Van Doorn dengan memuat turun dua kalimah syahadah dalam laman sosial Twitter milik beliau.

“Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah,” tulisnya dalam laman sosial itu. Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia kini memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.

Van Doorn yang juga merupakan rakan karib pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011.

Nama Wilders bukanlah asing kerana nama itu pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila ahli politik tersebut didakwa menghina agama Islam melalui gesaannya iaitu meminta penganut Islam di seluruh dunia meninggalkan agama itu selain memperjuangkan agenda menghentikan imigrasi bukan warga Barat, pengharaman pemakaian tudung dan pembinaan masjid.

Dalam wawancara bersama Al-Jazeera.net baru-baru ini, Van Doorn tertarik dengan keindahan dengan ajaran agama Islam setelah membaca isi kandungan al-Quran dan hadis selain mengkaji kedua-dua panduan utama umat Islam tersebut.

Di sebalik tohmahan negatif yang dilemparkan terhadap Islam, beliau tidak terus-menerus memandangkan buruk terhadap agama itu tetapi ahli politik tersebut mendalami ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Lantaran itu, baru saya menyedari bahawa ajaran agama Islam sangat indah dan menarik. Lagi banyak kajian dibuat, lagi banyak ilmu saya ketahui dan lebih banyak yang ingin diketahui,” jelas Van Doorn.

Van Doorn mengambil kesempatan dalam wawancara itu mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.

“Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah.

“Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya.

“Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebab yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya.

Melalui peluang memeluk agama Islam, saya ingin menebus semula kesilapan lalu dengan memulakan kehidupan baru termasuk mendalami ajaran agama Islam,” kata beliau selain memberitahu bahawa keputusan itu dibuat selepas mendalami Islam tanpa paksaan.

Berhubung reaksi orang ramai berkenaan pengumuman tersebut, menurut Van Doorn terdapat dalam kalangan mereka melabel beliau sebagai pengkhianat. Bagaimanapun terdapat juga menyokong langkah beliau memeluk agama Islam.

“Saya bersyukur kerana diberikan nikmat keimanan selain diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan agama Islam,” jelas beliau.

Melalui laman Twitternya, beliau sempat mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada individu yang menyokong usaha terbaru berkenaan.

Comments
One Response to “Dulu Hina Kini Muliakan Islam”
  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on jiwa hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: