Masjid Quba’ DiBina atas dasar takwa


Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut Islam selepas Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjidil Aqsa.

MASJID Quba (Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah, tidak jauh dari Masjid an-Nabawi dan diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh para sahabat Rasulullah SAW. Baginda menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadat kepada Allah SWT.

Rumah Saidina Ali bin Abi Talib terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad SAW sering mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.

Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Mekah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis), Masjid Quba (Madinah).

Di dalam al-Quran, Masjid Quba sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar takwa sebagaimana firman Allah SAW yang bermaksud: Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (al-Taubah: 108)

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad SAW kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat.

Mengikut hadis daripada Ibnu Umar RA: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berkunjung ke Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.”

Telah diceritakan bahawa Nabi SAW menziarahi Masjid Quba pada setiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadangkala baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat umrah.” (Tirmidzi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414)

Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan masjid yang lama.

Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.

Terdapat enam buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: