Remaja Kristian peluk Islam hasil pembacaan


Susunan JUANI MUNIR ABU BAKAR

Hidayah Allah SWT itu tidak mengira sesiapa atau status seseorang itu. – Gambar hiasan

AMAT jarang sesekali kita mendengar kisah pengislaman dalam kalangan kanak-kanak, apatah lagi insan yang dimaksudkan itu baru mencecah awal belasan tahun.

Kebiasannya, hidayah Ilahi itu diterima oleh seseorang yang sudah matang, berusia atau lebih tepatnya orang dewasa.

Pun begitu, lain pula kisah terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dari Amerika Syarikat yang memeluk agama Islam setelah membaca pelbagai buku-buku berkaitan akidah dan kepercayaan aneka agama yang ada di atas muka bumi ini, tidak terkecuali tentang agama Islam.

Peliknya, kanak-kanak tersebut, belum pernah berjumpa mana-mana individu beragama Islam sebelum menganut agama suci tersebut.

Kisah ini mengingatkan kita kepada satu sirah Islam iaitu kisah Saidina Ali Abi Talib yang merupakan kanak-kanak pertama memeluk agama Islam.

Alexander Pertz, 13, remaja yang dilahirkan daripada sebuah keluarga Kristian mula menemui sinar hidayah setelah membaca buku pelbagai agama termasuk Islam.

Hatinya tertarik dengan agama tersebut setelah membaca keistimewaan Islam daripada pelbagai perspektif.

Semenjak itu, Alexander mula mendalami agama Islam dengan mempelajari praktikal menunaikan solat, mengikuti sirah Nabi Muhammad SAW dan lain-lain.

Alexander kemudian memutuskan menggunakan nama Muhammad Abdullah sebaik bergelar Muslim yang bersempena dengan nama rasul terakhir itu selepas tertarik dengan kisah pesuruh Allah tersebut.

Pertemuan

Pada suatu hari, seorang wartawan beragama Islam datang menemui Alexander untuk tujuan mewawancara kanak-kanak tersebut. Tidak disangka-sangka, matlamat asal pengamal media tersebut sebaliknya menjadi pertemuan bermakna.

Apa tidaknya, tidak sempat dia bertanyakan pelbagai soalan kepada Alexander, dirinya pula menjadi sasaran kanak-kanak berkenaanbertanyakan persoalan yang bermain dalam kotak fikirannya.

Alexander bertanya, sama ada pengamal media itu sudah menghafaz al-Quran atau sebaliknya.

Penafian wartawan itu yang dirinya bukanlah seorang huffaz, benar-benar mengecewakan Alexander.

Muhammad Abdullah kemudian menghujani wartawan tersebut dengan pelbagai soalan berkaitan ibadat haji.

“Apakah encik telah menunaikan ibadat haji? Apakah tuan telah menunaikan umrah? Bagaimana hendak mendapatkan pakaian ihram?”

Kemudian wartawan itu bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan apakah yang menyebabkan dia tertarik kepada agama Islam dan bukan kepada agama dan kepercayaan lain.

Alexander terdiam seketika dan kemudian berkata, bahawa semakin banyak beliau membaca tentang agama Islam, semakin mendalam pengetahuan berhubung agama tersebut.

Wartawan bertanya kembali: “Apakah kamu telah berpuasa pada bulan Ramadan?”

Muhammad tersenyum sambil menjawab: “Alhamdulillah, saya telah berpuasa pada Ramadan yang lalu secara sempurna. Walaupun itulah pengalaman pertamanya, saya berjaya mengharunginya.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: