Niat lakukan kebaikan dapat pahala


Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib, daripada Rasulullah SAW dalam apa diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) Allah SWT sabdanya: Sesungguhnya Allah mencatatkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatatkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih. Sesiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak dikerjakannya Allah mencatatkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kejahatan kemudian dilakukannya Allah mencatatkan untuknya satu dosa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan mendapat ganjaran atau balasan (pahala atau dosa).
Sesuatu kebaikan dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda bermula daripada sepuluh kali ganda hingga 700 atau lebih. Tiap-tiap kejahatan yang dilakukan dicatatkan balasannya satu kejahatan saja.

Orang yang berniat hendak mengerjakan kebajikan, tetapi tidak dapat dilakukannya, dia akan mendapat balasan satu pahala kebaikan sebaliknya sesiapa berniat melakukan kejahatan, tetapi tidak dilakukannya kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan mendapat apa-apa balasan dosa, malah diberi pahala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: