Terdapat lebih 100 darjat di syurga


Riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat sebanyak 100 darjat. Jarak di antara dua darjat adalah 100 tahun perjalanan.” (Riwayat Tirmizi)

Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: “Dikatakan kepada orang yang menguasai al-Quran di saat ia memasuki syurga: Bacalah dan naik ke darjat yang tinggi. Ia lalu membaca dan naik ke darjat yang tinggi setiap dibacanya satu ayat sehingga ia selesai membaca akhir ayat yang dikuasainya.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain)
Sama bilangan ayat al-Quran

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat 100 darjat disediakan Allah bagi para mujahidin di jalan Allah. Jarak di antara dua darjat adalah seperti jarak di antara langit dengan bumi. Jika kamu meminta syurga kepada Allah, kamu hendaklah meminta syurga Firdaus, kerana Firdaus terdapat di tengah syurga, di bahagian atas, saya diperlihatkan Firdaus, di atasnya terdapat Arasy al-Rahman, dari syurga Firdaus dipancarkan sungai-sungai di syurga.” – Riwayat Imam Ahmad, Bukhari dan Tirmizi

Ini bermakna bilangan darjat di syurga adalah sebanyak bilangan ayat al-Quran. Oleh sebab itu terdapat riwayat daripada Aisyah, katanya: “Bilangan darjat syurga adalah sebanyak bilangan ayat al-Quran, sesiapa yang masuk syurga daripada kalangan orang yang membaca al-Quran, maka tidak siapa pun yang akan dapat mengunggulinya.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Imam Ibn Hajar berkata, mengenai sabda Rasulullah ‘100 darjat’, ungkapan itu bukanlah penegasan bahawa 100 darjat adalah darjat dalam syurga tanpa lebih daripada itu (bahkan darjat syurga mungkin lebih daripada itu).

Imam al-Manawi memberi ulasan mengenai sabda Rasulullah, “Di dalam syurga terdapat 100 darjat”. Disebutkan terdahulu tidak terdapat sebarang pertentangan antara kenyataan itu dengan hadis mengatakan bahawa darjat syurga adalah lebih daripada 100.

Menaiki darjat sesuai
Ini berdasarkan hadis yang mengatakan hamba yang membaca (menghafaz) al-Quran kelak akan menaiki darjat sesuai menurut ayat al-Quran dimilikinya sehinggalah ia membaca ayat terakhir.

Darjat yang 100 adalah darjat yang besar, setiap satu darjat mengandungi beberapa darjat kecil (di antara dua darjat itu adalah seratus tahun perjalanan).

Seperti mana mungkin digabungkan pengertian hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan riwayat Abu Musa al-Asy’ari, bahawa hadis pertama barangkali berkenaan darjat para mujahidin saja.

Hal ini dihuraikan oleh hadis lain riwayat Abu Hurairah.

Beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat 100 darjat disediakan Allah bagi para mujahidin di jalan Allah. Jarak di antara dua darjat adalah seperti jarak di antara langit dengan bumi. Jika kamu meminta syurga kepada Allah, kamu hendaklah meminta syurga Firdaus, kerana Firdaus terdapat di tengah syurga, di bahagian atas, saya diperlihatkan Firdaus, di atasnya terdapat Arasy al-Rahman, dari syurga Firdaus dipancarkan sungai-sungai di syurga.” (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari dan Tirmizi)

Adapun maksud di tengah-tengah syurga iaitu yang terbaik dan terafdal, ada mengatakan maksudnya yang lebih luas lagi.

Oleh demikian, bilangan darjat syurga adalah sebanyak bilangan ayat al-Quran al-Karim seperti mana dikatakan Aisyah, bilangan syurga lebih 6,600 darjat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: