Penerbit filem tak menyesal hina nabi


Nakoula mengaku bocorkan selingan di internet

Amman: Penerbit filem menghina Islam yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia Arab dan beberapa negara Islam lain berkata, beliau tidak menyesal menghasilkan filem itu.

“Tidak, saya tidak menyesal. Saya sedih dengan pembunuhan duta tetapi saya tidak menyesal menghasilkannya,” kata Nakoula Basseley Nakoula, penganut Kristian Koptik Mesir, berusia 55 tahun yang menetap di California, memberitahu Radio Sawa yang berbahasa Arab.

Beliau merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi pegawai lain dalam serangan ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang dilaporkan dilancarkan penduduk tempatan yang marah dengan penghasilan filem Innocence of Muslims.

“Saya yang membocorkan selingan selama 14 minit dan menyiarkannya di internet dan saya memikirkan untuk menerbitkan filem penuh. Tiada siapa dapat memanipulasi filem saya,” katanya.

Rasa bersalah

Ditanya jika beliau berasa bersalah dengan keganasan yang disasarkan ke atas warga Amerika, Nakoula berkata: “Ya! saya rasa bersalah. Amerika tiada kena mengena dengan subjek ini dan berdepan akibat filem yang tiada kena mengena dengan mereka.”

Selepas Mesir, Yaman dan Libya, bantahan merebak ke seluruh Asia Barat dan negara lain termasuk Bangladesh, Iran, Iraq, Israel dan Semenanjung Gaza, Kuwait, Sudan dan Tunisia.
Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Britain dan Jerman di Khartoum, Sudan sebelum membakarnya dan menyebabkan kerosakan teruk.

Mereka juga menyekat jalan bagi menghalang anggota bomba daripada memasuki kawasan berkenaan untuk memadamkan api, menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Bakar bendera Amerika

Beribu-ribu lagi penduduk Islam Kashmir membakar bendera Amerika sambil menggelarkan Presiden Barack Obama sebagai ‘pengganas’, manakala seorang ulama kerajaan mendesak warga Amerika, segera meninggalkan wilayah berkenaan.

Di Bangladesh, lebih 5,000 penduduk berarak di jalan raya Dhaka selepas solat Jumaat, membakar bendera Amerika dan Israel sambil menggesa penerbit filem dibunuh.

“Saya menerbitkan buku pada tahun 1994 mengenai Islam dan ia mengagumkan pihak tertentu yang bertanya sama ada saya boleh menghasilkan filem berdasarkan buku itu dan ini apa yang saya buat,” katanya. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: