Pakaian ‘wanita hamba lelaki’


NOOR AINUL YAKIN MOHAMAD ISHAK
Pakaian wanita 'hamba lelaki'
Didiklah anak anda mengenai kecantikan sebenar yang menadapat keredaan Ilahi. Seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah. – Gambar hiasan
Pakaian wanita 'hamba lelaki'
Jangan berasa bangga andai pemakaian anda mengundang kesukaan kepada lelaki. – Gambar hiasan

Diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala mereka seperti bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya.” (Sahih Muslim).

Golongan manusia disebutkan di dalam al-Quran mempunyai dua penyakit iaitu penyakit ragu-ragu dan syahwat. Antara penyakit syahwat adalah kesukaan melihat wanita dengan ghairah. Sesungguhnya berpakaian seperti telanjang adalah pakaian yang tidak dapat menghilangkan ghairah lelaki ketika terlihat wanita.

Penceramah bebas, Shah Kirit Kakulai Govindji berkata, wanita yang gemar menunjuk-nunjuk kecantikannya dan susuk tubuhnya untuk menarik perhatian lelaki seterusnya menaikkan nafsu syahwatnya boleh dikatakan mereka ini juga hamba kepada lelaki.

Menurutnya, ada antara wanita seronok apabila mendapat perhatian daripada lelaki sama ada daripada cara pakaian mereka atau kecantikan fizikal mereka. Justeru berlumba-lumba untuk mencantikkan diri tanpa menyedari perbuatan itu ditegah dalam agama.

“Tambahan perbuatan sia-sia itu hanya menjadi hiburan kepada pandangan mata lelaki. Ini kerana memang lumrah lelaki apabila melihat wanita cantik dan seksi akan mudah tergoda atau tergugat keimanannya kerana seakan melihat wanita berbogel.

“Sebab itu, saya berpandangan wanita yang berpakaian dan mementingkan kecantikan mereka untuk ditunjuk kepada lelaki adalah hamba kepada lelaki,” katanya kepada Sinar Harian.
Penyakit syahwat

Beliau yang juga Pegawai Dakwah Islamic Information & Service berkata, golongan lelaki akan melihat wanita tersebut seolah-olah telanjang di depannya. Ini membuka pintu-pintu zina dan perkosaan. Berpakaian seksi yang menampakkan bentuk tubuh badan walaupun lengkap bertudung juga tergolong dalam kategori pakaian seperti ini.

“Yang sebetulnya, bagi wanita adalah disyariatkan melabuhkan tudung mereka untuk menutup bahagian dada, melonggarkan pakaian dan kain yang tidak telus untuk menutup perhiasan atau keindahan tubuh mereka daripada pandangan tajam orang lelaki.

“Orang lelaki yang berpenyakit syahwat akan melihat keindahan yang ada pada mereka. Kadang-kala ada wanita yang bertudung tetapi dengan sengaja membelah kain mereka untuk memperlihatkan paha mereka.”
Justeru termasuk golongan wanita yang berpakaian tapi telanjang seperti berseluar dan menampakkan bentuk pinggul juga adalah berpakaian seperti telanjang,” jelasnya.

Tambah Shah Kirit, berbeza bagi wanita yang menjaga pakaiannya dan perwatakannya dengan melabuhkan pakaian untuk menutup aurat dan menjaga kecantikan susuk tubuh daripada dilihat bukan muhrim seterusnya mereka ini bebas daripada menjadi hamba lelaki.

“Wanita sebegini, selalunya lebih menjaga tatasusila dan kesopanan berlandaskan agama untuk mencantikkan penjagaan perwatakan mereka daripada menunjukkan kecantikan luaran.

“Mereka juga, jika ditenung atau dilihat, pasti tidak mendatangkan sebarang perasaan kepada lelaki. Segala keindahan dalaman atau susuk tubuh dilindungi oleh pakaian yang labuh dan menutup aurat dan hanya diketahui oleh suami atau mahramnya,” katanya lagi.

Mencari reda ALLAH

Kata Shah Kirit, wanita yang cantik adalah apabila ditanya, berpakaian menutup aurat ini sama ada kerana manusia ataupun kerana ALLAH, dia akan menjawab menutup aurat kerana ALLAH bukan untuk lelaki atau sesiapapun dan bukannya dipaksa.

“Cara mereka berpakaian mendedahkan aurat atau sebaliknya atas terdidik daripada kecil oleh ibu bapanya ataupun kerana bersekolah agama.

“Ada juga yang bersekolah agama daripada kecil hingga dewasa atas pilihan ibu bapa sebenarnya mereka menutup aurat atas dasar terpaksa, justeru apabila telah tamat sekolah, mereka bebas untuk mendedahkan aurat,” katanya.

Kerugian bagi wanita yang menjadi hamba lelaki ini juga, kata Shah Kirit, apabila lelaki melihat kecantikannya dan memilihnya menjadi temannya, terasa seakan bangga dengan penghormatan berkenaan. Tetapi apabila lelaki berkenaan melihat perempuan lebih cantik daripada dirinya, pasti akan ditinggalkan.

“Maka, rugilah sekiranya kecantikan hanya kekal sementara sahaja dan bukannya untuk selamanya. Namun wanita yang ada budi pekerti yang cantik berbanding fizikal, pasti lelaki yang memilihnya sangat bertuah kerana memiliki wanita yang baik dalaman serta luaran.

“Yang penting melakukan segala perintahnya dengan rela hati bukannya dipaksa untuk mencari reda ALLAH dan tidak terus memilih untuk menjadi hamba lelaki,” katanya.

Oleh itu berhati-hatilah kaum wanita, jagalah kehormatan kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna adalah wajib dan hukumannya sangat berat. Tidak mencium baunya syurga apatah melihatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: