Perbezaan pendapat Ulama’ mengenai bilangan syurga


Ada beranggapan syurga hanya satu saja sedangkan banyak pandangan menunjukkan syurga ada banyak. Imam Suyuti mengatakan, seperti dinukil daripada Imam al-Qurtubi dan al-Hulaimi bahawa di setiap syurga terdapat darjat, tingkatan dan pintu yang sungguh banyak.

Ulama berbeza pendapat mengenai bilangan syurga. Menurut Ibn Abbas, jumlah syurga ada tujuh, iaitu Darul Khuldi, Darus Salam, Jannatu Adn, Jannatul Ma`wa, Jannatul Khuldi, Jannatul Firdaus dan Jannatun Na’im.
Sementara Imam al-Qurtubi berpendapat, nama syurga yang disebutkan oleh Ibn Abbas bukanlah nama syurga tetapi sifat syurga. Adapun bilangan syurga hanya ada empat berdasarkan hadis riwayat Abu Musa al-Asy’ari, daripada Rasulullah.

Baginda SAW bersabda: “Ada dua syurga dibuat daripada emas. Bejana-bejana, perhiasannya dan segala yang terdapat di dalamnya dibuat daripada emas. Dua syurga lain dibuat daripada perak. Bejana-bejana, perhiasan dan segala yang ada di dalamnya dibuat daripada perak.

Tidak terdapat antara penghuni syurga dan (peluang) mereka menatap Tuhan mereka melainkan tirai kebesaran Allah yang menutupi wajah Tuhan mereka di Jannatu Adn.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah)

Pengarang buku Hadi al-Arwah berpendapat, hadis Nabi terdahulu menggambarkan bahawa syurga ada dua jenis. Ada syurga yang dibuat daripada emas dan ada daripada perak.

Syurga disediakan bagi orang yang takut terhadap kebesaran Allah berdasarkan firman Allah: “Dan bagi orang yang takut terhadap maqam (kebesaran) Tuhannya tersedia dua syurga.” (Surah al-Rahman, ayat 46)
Oleh sebab golongan khaifin (yang takut) terhadap maqam atau kebesaran Allah ada dua golongan yakni muqarrabin (golongan yang hampir kepada Allah) dan ashhabul yamin (golongan kanan), maka Allah menjadikan bagi mereka syurga yang empat ini.

Sebahagian ulama berpendapat bilangan syurga lebih daripada empat, malah syurga itu sangat banyak sekali. Pendapat ini berdasarkan hadis Ummu Harithah binti Suraqoh.

Beliau mendatangi Rasulullah dengan maksud bertanya mengenai nasib anaknya masih muda yang mati syahid dalam Perang Badar. Ummu Harithah bertanya: “Wahai Rasulullah, engkau tahu bagaimana kedudukan Harithah di dalam hatiku. Jika ia berada di dalam syurga, saya bersabar dan mengharapkan ganjaran Allah. Jika selain itu engkau akan lihat apa yang akan kulakukan. Rasulullah bersabda: Aduhai, adakah anda menduga hanya terdapat satu syurga saja? Syurga itu sangat banyak sekali. Anakmu berada di dalam syurga Firdaus.” Menurut satu riwayat: “Dia berada di dalam syurga Firdaus yang tertinggi sekali.” (Riwayat Imam Bukhari)

Berdasarkan hadir itu ternyata syurga sangat banyak jumlahnya seperti mana firman Allah: “Sesungguhnya orang yang bertakwa, ditempatkan dalam beberapa taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai.” (Surah al-Qamar, ayat 54)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: