Menghadapi Seorang Yang Nazak


Kiriman Zaharah Ibrahim

Apabila seseorang itu dilihat dalam keadaan sedang nazak iaitu hampir tiba ajal mautnya, harapan hidup dirasakan tidak ada lagi, maka hendaklah sentiasa diperhatikan jangan ditinggalkan begitu sahaja bahkan tenangkan hatinya. Ingatlah dia kepada Allah, minta ampun dan bertaubat. Rela atas apa jua kehendak dan takdirNya, mohon agar ditetapkan iman dan husnul khatimah.

BACA SURAH YAASIN

Bacakan Surah Yaasin terhadap orang yang sedang nazak itu supaya mudah keluar rohnya dan terampun dosa-dosanya. Hendaklah dibaca dengan suara yang perlahan dan bacaan yang sederhana. Sementara itu, basahkan kapas serta diletakkan dibibirnya untuk menolong rasa dahaga yang amat sangat ketika ia sedang nazak itu. Janganlah disudukan air ke dalam mulutnya kerana ia tidak dapat lagi minum.

AJAR KALIMAH TAUHID

Apabila orang yang sedang nazak itu bertambah lemah dan tanda-tanda mati seperti hidungnya layu, kakinya kaku dan dingin, nadi bertambah lemah, segeralah ajarkan kalimah tauhid dengan perlahan dan ringkas jua. Apabila dilihat bergerak lidah seperti menuturkannya, maka memadailah dengan lafaz kalimah LAA ILAA HA ILLALLAH kali terakhir di dunia ini, nescaya tempatnya di Syurga.

PERINGATAN

Para Ulamak menerangkan ketika seseorang itu akan menemui ajal mautnya, ia semata-mata ingat sesuatu yang sering disebut dan dituturkannya, begitu juga ingatannya ialah jadikanlah ucapan kalimah tauhid itu sentiasa dibibir dan dihati. Menuturkannya mudah dan timbangan pahalanya berat.

SAH MATI

Apabila diketahui seseorang itu sah mati, maka ucapkanlah INNAA LILLAAHI WAINNAAHI RAAJIUUN. Ertinya ialah bahawa kita semua adalah kepunyaan Allah dam kepadaNyalah kita semua kembali. Hendaklah kita mendoakan agar roh simati itu dicucuri rahmat dan keampunan.

DISEGERAKAN SESUDAH MATI

  1. Dirapatkan matanya dengan diurut perlahan hingga pejam.
  2. Dilembutkan sendi-sendinya kemudian diletakkan dua tangannya diatas dada. Tangan kanan menindih tangan kiri seperti dalam sembahyang.
  3. Luruskan kedua kakinya dan dirapatkan.
  4. Rapatkan mulutnya dengan diikat bawah dagunya dengan kepala.
  5. Tukar pakaian yang sedang dipakainya jika kotor dengan yang bersih.
  6. Sediakan tempat seperti katil dimana jenazah dibaringkan.
  7. Para Ulamak berkata supaya jenazah itu dibaringkan dengan kakinya kearah kiblat sebagaimana sembahyang menelentang.
  8. Diletakkan benda yang berat sedikit diatas perutnya seperti sepasang gunting supaya perutnya tidak kembung.
  9. Tutuplah jenazah itu dengan kain bersih, tipis dan yang cantik sebagai menghormatinya.
  10. Ditempatkan jenazah itu ditempat yang mudah diziarahi ramai untuk membaca ayat-ayat suci dan juga berdoa.
  11. Simpanlah gambar-gambar dan yang berupa patung dan sebagainya..
Comments
One Response to “Menghadapi Seorang Yang Nazak”
  1. amida berkata:

    ASslm.adakah diterima maaf seseorang yg meminta maaf kpd org yg sakit dlm keadaan ingatan yg tidak berapa waras ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: