Hamburg bandar Jerman pertama iktiraf hari kebesaran Islam


Oleh: setisab


Lesson during Ramadan by Sheikh Ramadan at Al Quds al-quds mosque, Hamburg Germany

BERLIN: Hamburg menjadi bandar Jerman pertama mengiktiraf hari kebesaran dalam kalendar Islam, langkah bagi menggalakkan integrasi agama minoriti yang sering dikecam oleh golongan yang menentang pendatang seperti yang dilaporkan di sini.

Kakitangan dan pelajar Islam akan dibenarkan mengambil cuti meraikan hari kebesaran Islam dan kelas-kelas agama Islam akan dibenarkan di sekolah pemerintah, kata pihak berkuasa dan kumpulan Islam setelah rundingan selama lima tahun.

“Kami harap pengenalan kelas agama Islam di bandar wilayah utara ini akan menjadi isyarat kepada 15 wilayah lain di Jerman,” kata Encik Daniel Abdin, daripada majlis masyarakat Islam Hamburg.

“Persetujuan ini merupakan langkah penting dalam mengiktiraf Islam di negara ini,” katanya.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa tahun depan dan merupakan perjanjian pertama seumpamanya di negara yang menjadi tempat tinggal sekitar 4 juta penduduk Islam, dengan separuh daripada penduduk itu merupakan warga Jerman.

Jerman mempunyai sekitar 82 juta penduduk dan isu toleransi agama dan bangsa merupakan isu sensitif.

Penggubal dasar undang-undang berfahaman konservatif, Encik Volker Kauder, yang juga sekutu rapat Canselor, Cik Angela Merkel, awal tahun ini berkata bahawa Islam bukanlah sebahagian tradisi dan identiti Jerman.

Bulan lalu, sebuah mahkamah di Cologne pula melarang amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki, yang mengundang kritikan masyarakat Islam dan Yahudi.

Kumpulan-kumpulan Islam di Hamburg, yang mewakili sekitar 150,000 Muslim, menyatakan perjanjian itu merupakan tanda bersejarah penerimaan Islam di negara itu. – Reuters.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: