Solat Terawih rawat mati pucuk


MUHAMAD MAT YAKIM

Sekarang kita berada pada malam 10 terakhir Ramadan. Sejak zaman budak-budak, kita selalu diperingatkan bahawa antara malam-malam terakhir bulan ini, ada malam Lailatul Qadr. Orang kita sebut malam tujuh likur. Ustaz-ustaz juga selalu peringatkan, ibadah pada malam-malam terakhir Ramadan ini harus dilipatgandakan.

“Moga-moga kita akan dapat malam Lailatul Qadr,” kata mereka. Eloklah diperingatkan begitu, sebab sebagaimana yang kita sedia tahu, sekarang masjid dan surau sudah tidak sesendat minggu pertama puasa dahulu. Saya masih ingat pada minggu pertama Tarawih tahun lepas, saya pernah berkejar dari surau ke masjid oleh kerana surau yang hampir dengan rumah saya sudah terlalu sendat.

Tetapi apabila masuk minggu kedua, lebih-lebih lagi ketiga dan keempat, gajah pun muat kalau hendak dibawa masuk. Walaupun ada orang mungkin akan mempertikaikan, saya mahu ulang siar laporan kajian seorang profesor di Universiti Malaya mengenai hikmah solat yang bukan sahaja boleh menguatkan lagi kerohanian seseorang malahan juga boleh membantu lelaki menguatkan tenaga batin.

Dalam laporan itu, pakar bioperubatan, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim mendedahkan daripada kajiannya bagaimana lelaki yang mengalami masalah ‘mati pucuk’ atau disfungsi erektil boleh memperbaiki keadaan mereka dengan melakukan solat 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam, sebanyak tiga kali dalam seminggu.

Menurut Dr Fatimah, ujian yang beliau jalankan terhadap dua lelaki bermasalah selepas sebulan mereka menjalani terapi itu menunjukkan mereka berjaya meningkatkan tahap ketegangan daripada kadar biasa. Ini sudah tentu menjadi berita baik bagi ramai lelaki.

Umum mengetahui bahawa masalah mati pucuk yang dimulai dengan gejala lemah tenaga batin amat menggerunkan bagi lelaki. Paling menakutkan apabila statistik menunjukkan 3.5 juta lelaki di Malaysia kini berhadapan dengan masalah itu, malahan 15 peratus adalah daripada mereka yang bermasalah adalah dalam lingkungan usia yang sepatutnya ‘sangat perkasa’ iaitu antara 25 hingga 34 tahun.

Seramai 23 peratus daripada lelaki-lelaki malang tersebut pula termasuk dalam kategori ‘perlu bersara awal daripada perkhidmatan’ kerana gagal memenuhi KPI iaitu tidak berupaya mengekalkan ereksi sehingga ke puncak hubungan intim.

Seorang kawan lelaki yang bermasalah pernah mengungkapkan kata-kata yang amat syahdu bunyinya: “Daripada mati pucuk, lebih baik mati yang sebenar-benarnya.” Itulah petunjuk ketakutan lelaki hari ini pada satu gejala yang boleh memerangkap mereka dalam ‘neraka’ dunia.

Lelaki yang mati pucuk menganggap diri mereka hilang segala-galanya. Satu lelucon popular menyebut, lelaki melalui beberapa tahap dalam kehidupan mereka iaitu, tahap pertama, mereka mempunyai ‘bayangan hidup’ (bayang-bayang sahaja, boleh ‘hidup’); tahap yang kedua, ‘pandangan hidup’ (pandangpandang sahaja, boleh hidup); tahap ketiga, ‘pegangan hidup’ (perlu dipegang, baru hidup); tahap keempat ‘permainan hidup’ (fikirlah sendiri) dan tahap yang terakhir, ‘perjuangan hidup’ adalah yang paling bermasalah.

Bagi kategori ini, mereka yang berkenaan perlu berjuang untuk ‘hidup’ dan inilah situasinya menghampiri tahap ‘mati pucuk’.

Walau apa pun, kajian oleh Profesor Madya Dr Fatimah ini adalah berita yang sangat baik, dan masih memberi harapan kepada lelaki-lelaki yang berada dalam kelompok ‘perjuangan hidup’ ini.

Bagaimanapun satu perkara yang perlu diperingatkan ialah perbetulkan niat supaya anda lebih tenteram dari segi psikologi dalam menempuh situasi ini.

Solat bukan semata-mata eksesais jasmani untuk membetulkan urat-urat yang tersimpul tetapi lebih utama daripada itu, jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Dan ingatlah, Dialah yang akan menentukan segala-galanya. Jangan terus bergundah gulana, berusahalah dan banyakkan berdoa. Jom ke masjid!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: