Kemenangan bermakna dalam Peperangan Mu’tah


Susunan SITI AINIZA KAMSARI

DENGAN taktik baru yang digunakan oleh tentera Islam, kini pihak musuh pula yang terperangkap dengan serangan bertubi-tubi daripada sambil menyangka ia akan bertambah hebat dengan kehadiran lebih banyak lagi tentera bantuan.

Ini bermakna ramai tentera musuh akan terkorban di tangan tentera Islam. Sudahlah sebelum ini jumlah tentera Rom yang mati adalah lebih ramai berbanding tentera Islam.

Di tambah lagi dengan kepahlawanan Khalid Al-Walid dan seorang lagi sahabat Zubair bin Awwam yang bertempur menggunakan dua bilah pedang sekali gus. Tangan kiri dan kanan sama kuat menghunus pedang dan menikam pihak lawan.

Mereka juga cekap mengawal kuda sama ada dalam keadaan berlari kencang mahupun berhenti. Ramai tentera Rom yang tewas di tangan mereka berdua.

Maka tidak menghairankan sehingga sembilan bilah pedang patah di tangan Khalid. Beliau benar-benar seorang pahlawan yang sangat luar biasa dan tiada tandingan sehingga kini.

Melihatkan serangan pihak Islam benar-benar seperti mendapat kekuatan baru daripada bantuan tentera tambahan, pihak musuh terpaksa menyelamatkan diri.

Ramai di kalangan tentera Rom mula bertempiaran lari dari medan perang tanpa menunggu arahan.

Namun sesuatu yang menghairankan telah berlaku.

Di saat tentera Islam menguasai pertempuran dan semakin ramai tentera Rom dan Ghasasinah yang tewas, tiba-tiba didapati tentera Islam beransur-ansur berundur dari medan tempur Muktah itu.

Dalam sesetengah riwayat dikatakan, tentera musuh yang terlebih dahulu berundur secara beramai-ramai dan tentera Islam tidak mengejar mereka kerana mereka sendiri juga berundur ke Madinah.

Tentera Islam berundur dalam keadaan seolah-olah mereka menanti tentera Rom untuk mengejar mereka.

Ketua Tentera Rom memberi arahan supaya jangan mengejar tentera Islam kerana mereka takut akan diserang hendap oleh tentera Islam yang sudah bersedia dengan pelbagai strategi yang tidak diduga.

Namun Khalid berjaya membawa seluruh tentera Islam berundur sampai ke Madinah tanpa sebarang korban.

Mungkin inilah satu-satunya dalam sejarah peperangan tentera Islam berjaya berundur dari medan perang tanpa sebarang korban.

Selain mereka sendiri turut berundur, terdapat tentera musuh yang menunggu tentera Islam tetapi mereka dapati tentera Islam tidak muncul.

Lalu mereka menghantar perisik bagi menyiasat kedudukan sebenar tentera Islam dan didapati kesemua tentera Islam benar-benar telah berundur dan selamat sampai ke Madinah.

Lalu mereka akhirnya berundur dan meninggalkan medan tempur Muktah yang kini senyap dan sunyi.

Demikianlah selesainya sebuah peperangan yang besar memakan masa selama tujuh hari dan berita mereka berundur akhirnya sampai ke pengetahuan penduduk Madinah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: