Pandangan tiga golongan terhadap Israk Mikraj


Oleh Hasliza Hassan

BANYAK pengajaran sebenarnya terkandung dalam peristiwa Israk Mikraj bagi mereka yang bersedia melihat tanda kekuasaan Allah SWT dari pelbagai sudut yang menjurus mereka untuk berfikir maksud tersirat di sebalik kejadian hebat itu.

Salah satu daripada pengajaran boleh diambil ialah wujudnya tiga golongan dalam kalangan manusia yang bukan saja ditemui zaman dulu dan masih ada sekarang inijuga pada masa akan datang.
Pengetua Maahad Tahfiz Darul Quran Nurul Hasanah, Kuala Selangor, Yusri Abdul Karim, berkata tiga golongan itu ialah mereka yang ibarat Abu Bakar as-Siddiq, sentiasa membenarkan setiap yang disampaikan Rasulullah SAW
Golongan kedua ialah kumpulan seperti Abu Lahab, sentiasa menentang perjuangan dan seruan Rasulullah SAW sementara golongan ketiga pula golongan yang tidak peduli, sebaliknya leka dengan kehidupan.

“Mereka yang bersifat suka menentang ini ibarat Abu Lahab.

Selepas perjalanan Israk Mikraj itu, Rasulullah SAW memanggil semua penduduk kota Makkah dan memberitahu bahawa Baginda pergi ke Baitulmaqdis malam tadi.

“Selepas mendengarnya, Abu Lahab bertanya kepada Abu Bakar apakah beliau percaya dengan katakata Rasulullah dan jawab Abu Bakar, dia percaya dan jika Rasulullah memberitahu perkara yang lebih daripada yang dilaluinya itupun dia akan percaya.
“Kita termasuk dalam golongan mana, itu yang perlu difikirkan kerana apa juga yang Allah SWT tunjukkan perlu ada sebab musabab untuk kita menimba pengajaran daripadanya,” katanya pada ceramah IsrakMikraj di surau The New Straits Times (NSTP), Bangsar.

Katanya, golongan ketiga atau golongan was-was ialah mereka yang percaya dengan apa diceritakan Rasulullah SAW tetapi tidak melaksanakan suruhan ditetapkan atas mereka untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Beliau turut menceritakan mengenai pengalaman dilalui Baginda SAW antaranya melihat perempuan diikat kaki di atas dan rambut mengurai ke bawah dan di bawah itu ada api yang membakar. Apabila ditanya, Jibril memaklumkan itulah wanita yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

“Ini bagi perempuan yang tidak menutup rambutnya. Malangnya hakikat ini selalu ditapis oleh mereka yang tahu hukum tetapi enggan meyakininya. Bagaimanapun, ia perlu diberitahu demi kepentingan wanita supaya tidak termasuk kumpulan yang dilihat Baginda dalam neraka,” katanya.

Beliau berkata, pakej perjalanan istimewa Rasulullah SAW yang dikurniakan Allah SWT untuk mengubati hatinya yang berduka kerana kehilangan dua insan tersayang iaitu isterinya Khadijah dan Bapa saudaranya Abu Talib, ternyata mengandungi pengajaran perlu diberi perhatian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: