Detikan perjalanan nabi Muhammad s.a.w ketika Isra’ Mikraj


SEJARAH membuktikan tiada seorang pun daripada kalangan orang kafir musyrik mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj.

Dalam peristiwa agung itu, Rasulullah s.a.w melalui perjalanan fizikal dan roh dalam keadaan jaga, menaiki Buraq, pertemuan Rasulullah s.a.w dengan nabi-nabi, menaiki pintu-pintu langit hingga ke Sidratul Muntaha serta menerima perintah bersolat.

Pengetua Maahad Tahfiz Darul Quran, Nurul Hasanah, Ustaz Yusri Abdul Hakim berkata peristiwa yang dilalui Rasulullah s.a.w itu berkisar soal keyakinan umat Islam.

“Ia bukannya hanya sekadar kepercayaan tetapi ia perlu diyakini dengan mendalam semua kejadian yang dilalui Rasulullah s.a.w pada malam itu.

“Rasulullah s.a.w memberitahu mengenai perjalanannya dari Makkah ke Baitulmaqdis menaiki Buraq. Orang pertama yang mengetahui peristiwa itu adalah Abu Lahab.

“Abu Lahab turut mahu mengumpulkan seluruh penduduk Makkah mendengar cerita Rasulullah s.a.w yang dianggap bohong itu.

“Namun, Abu Bakar As-Siddiq berkata jika cerita itu disampaikan oleh Muhammad s.a.w beliau percaya setiap apa yang keluar daripada mulutnya tanpa keraguan,” katanya ketika menyampaikan ceramah Israk Mikraj

Beliau berkata, sebelum Rasulullah s.a.w memulakan perjalanan Israk dan Mikraj itu hati baginda dibedah dan dibersihkan dengan air zam-zam.

“Hati baginda dimasukkan ilmu, iman dan hikmah.

“Umat Islam hari ini memiliki ilmu tetapi tidak dikaitkan dengan iman. Mereka tidak sedar hati mereka berpenyakit dan sebab itu jiwa mereka bercelaru dan tidak memberi kesan,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka), lalu ditambah Allah penyakit itu: dan untuk mereka itu seksa yang pedih, kerana mereka berdusta.” (Surah al-Baqarah ayat 10).

Yusri berkata, semasa perjalanan Israk misalnya Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan beberapa peristiwa simbolik antaranya melewati tempat yang berbau harum.

“Malaikat Jibril memberitahu Rasulullah s.a.w , itu adalah bau kubur Masyitah yang bekerja sebagai tukang sisir rambut anak Firaun.

“Pada suatu hari, ketika Masyitah sedang menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh.

“Secara tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan ‘Allah’, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu?

“Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, akhirnya memberitahu Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

“Puteri itu kemudiannya mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun amat marah kerana mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya.

“Dengan penuh keberanian Masyitah berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.” Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang untuk direbus.

“Apabila tiba giliran bayinya untuk direbus, Masyitah hampir menyerah kalah kerana terlalu sayangkan anaknya. Namun atas kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu fasih berkata kepada ibunya teruskan dan jangan menyerah kalah, kerana dia berada dia atas jalan kebenaran,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: