Batu Terapung Isra’ Mikraj Di Masjidil Al Aqsa Wujud
Benarkah Batu Terapung Di Masjidil Al Aqsa Wujud..?
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
eihh!!! hebatnyaaaa, Allahu akbar
subahanallah..maha suci ALLAH
subhanallah, Allahu akhbar
Assalamualaikum Dato’…
Dato’, saya seringkali menghadiri ceramah-ceramah yang berkaitan isu palestine-Israel ini. Ramai penceramah mahupun Ustaz-ustaz di negara ini mengutuk keras kekejaman orang Yahudi terhadap orang islam kerana perbuatan mereka meampas hak orang Islam di bumi Palestine. Tetapi ketika menuntut di Amerika Syarikat dahulu, kebanyakan media di sana menyatakan bahawa negara Palestine atau Israel sekarang ini adalah milik bangsa Yahudi berdasakan rekod sejarah dan kitab-kitab terdahulu. Mereka mendakwa tanah itu adalah diwariskan untuk mereka oleh Tuhan (the promise land). Hal ini kerana mereka adalah keturunan daripada Nabi Ishaq yang pernah tinggal di situ pada waktu dahulu.
Adakah dakwaan mereka ini benar dan bolehkah dato’ terangkan sejarah israel ini dengan lebih lanjut sejak ia wujud ribuan tahun dahulu ?
Maaf nak cakap pasal benda lain sikit,nak cakap kat shoutbox panjang sgt.
,saya cuma nak bagi peringatan,ada baiknya 2-3 hari ini kurangkan sikit cerita hangat politik.Takut kena hack nanti tak dapat lagi saya baca artikel pasal agama kat sini,hehehe..
sekarang umno mmg banyak melakukan sabotajblog.dah ada blog yg kena hack,komputer ayid diserang virus berkali2 dlm bulan ni.
Komputer saya juga mengalami ancaman virus yng teruk sejak 2-3 hari ini tapi Alhamdulillah masih selamat.
saya cadangkan sahabat gunakan password yang panjang sikit kalau setakat 6 digit tu mmg mudah kena hack.sekurang2nya gunakan pasword 10 digit keatas dan jangan guna nombor sebagai password.
Sekian di maklumkan.
bukti menunjukkan bahawa udara langit boleh dibekukan dan mengangkat benda berat seperti batu .subahanallah.dan apatah lagi manusia dengan izinnya.
manusia terbang tanpa sayap seperti burung.allahuakbar
-by superman.
Dato, saya pernah mendengar kisah ajaib yg berlaku selepas mikraj.Ketika Rasullullah sedang berkira-kira hendak mengistiharkan perintah Allah serta tentang kejadian yang dilaluinya. Ringkasnya ada seorang hamba Allah yang telah mencerca Nabi dan mempengaruhi masyarakat sekitar Makkah dengan cercaan bahawa nabi kita berbohong dan macam2 lagi. sewaktu pulang isterinya sedang memasak di dapur. Diceritakan ia pergi mandi di ausis(anak sungai) bila dia menyelam kali ketiga dia timbul tetapi telah berada di satu negara yang tidak dia kenali. ringkasnya dia telah berkahwin dan mempunyai anak. 6 orang seingat saya. suatu hari dia mandi di sungai tempat dia timbul dahulu. selepas selaman kali ketiga bila timbul, dia telah kembali ke rumahnya semula. malah kain yang di letakkan di tepi anak sungai itu masih ada. Dia naik kerumah dan melihat masakan isterinya pun belum masak, dia merasa terkejut dan menceritakannya kepada isterinya malangnya isterinya mencela dan menganggap dia gila. akhirnya dia kembali ke kota makkah untuk berjumpa dengan Rasullullah saw dan mengisytiharkan keislamannya kepada Nabi. Kisah ini dari ustaz saya waktu saya di sekolah rendah dah 30 tahun. soalan saya kalau ustaz pernah terjumpa risalah tentang peristiwa ini dari kitab lama. saya ingin tahu dan ingin baca.
SUBAHANALLAH!!!!!! BETAPA BESARNYA KEKUASAAN-MU YA ALLAH…………
sye pecaye dengan batu terapung sbab uztaz sye tlah cite kat sye psal ni.cite nye mcm ni nabi berdiri di atas batu tu pastu ade binatang yg bernama burrouk nabi (saw) menaiki binatang itu untuk berjumpa allah ,skali batu itu ikot nabi (saw).begini lah cite nye.kalau batu itu jatuh bermulalah hari (KIAMAT).k sye nak bagi tau ngan korang jangan lupa sembahyang kerana banyak trajidis2 diluar sana kerana ade yg mengandung anak luar nikah,bunuh,maksiat,dadah,pinjam ahlong,jual anak dan banyak lagi.ada juge yg tidak mengaku allah tlah di lenyap bumi subahanallah betapa besarnye dosa nye.dah lah x nak sembahyang,pastu buat dosa lagi sape yg wat mcm ni memang die nak dosa.die dah lah golongan islam pastu die ckap mcm tu kat allah emmm betapa zalim nye die.orang zalim menyembah patung kerana iya mengaku tuhannye itu.ok sye mengundurkan diri nama sye nana umur sye 11 tahun .sekian shaja cite sye .
wassalammualaikum…………….
betapa besarnye kuasa allah .