Masjid jadi nadi Umat Islam di Itali


BESAR...Masjid Rom antara masjid terbesar di Eropah  berkeluasan 30,000 meter persegi.
BESAR…Masjid Rom antara masjid terbesar di Eropah berkeluasan 30,000 meter persegi

MASJID Rom di Itali adalah masjid terbesar di Eropah Barat yang dibina di atas kawasan yang berkeluasan 30,000 meter persegi.

Ia menjadi nadi utama kepada masyarakat Islam di Rom untuk mengadakan aktiviti keagamaan, budaya dan sosial. Masjid yang mampu menampung seramai 12,000 jemaah itu terletak di daerah Parioli yang menjadi kawasan kediaman golongan kelas menengah atas.

Sebahagian besar kos pembinaannya ditanggung Raja Arab Saudi, Raja Faisal yang melawat Rom pada awal 1970-an sehingga tercetusnya idea membina masjid di sana.

  • FotoMASJID DALAM TAMAN…masjid yang menggabungkan ciri moden selain kedudukannya dikelilingi kawasan hutan yang menghijau.
  • FotoKLASIK…lampu tradisional di dalam Masjid Rom diimport khas dari Maghribi.

Satu pertandingan seni bina antarabangsa diadakan pada 1976 yang menarik 40 penyertaan. Akhirnya tiga arkitek berketurunan Itali iaitu Paolo Portoghesi, Sami Mousawi dan Vittorio Gigliotti diberi tanggungjawab merealisasikan pembinaan itu.
Tapak masjid itu didermakan oleh Majlis Bandaraya Rom pada 1974 namun pembinaannya hanya bermula pada 1984. Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun untuk disiapkan.
Jumlah kos keseluruhannya berjumlah RM152 juta iaitu tidak termasuk kos hiasan dalaman ruang solat yang disumbangkan dari Maghribi dan kerajaan Turki.

Selain itu, ia turut mendapat pembiayaan dari 24 negara termasuk Algeria, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Bangladesh, Brunei, Mesir, Indonesia, Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Malaysia, Mauritania, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sudan, Tunisia, Turki, dan Yaman.

Projek itu mengambil rujukan bersumberkan ciri seni bina Islam dan Rom. Struktur masjid pula dibina dengan menggabungkan ciri moden berlatarbelakangkan kawasan hijau yang menyamankan.

Dibuka secara rasminya pada 21 Jun 1995 sehingga mendapat liputan luas daripada pelbagai agensi berita dan penerbitan antarabangsa.

Masjid itu cukup penting kepada umat Islam untuk memenuhi keperluan mereka untuk bersolat.

Sebelum pembinaannya, masyarakat Islam terpaksa menyewa apartmen di bandar itu bagi tujuan berkenaan. Malah perjanjian asas pembinaannya membolehkan ia menjadi tempat berlangsungnya forum antarabangsa bagi mengadakan dialog antara Islam dan dunia barat.

Melalui aktiviti itu membantu menyediakan masyarakat dengan lebih jelas dan faham mengenai Islam. Pada hari Jumaat lebih 1200 jemaah menunaikan solat.

Sementara itu, pada hari cuti umum lebih 15,000 pelancong akan datang ke sana bagi melihat dengan lebih dekat seni bina Rom yang ditampilkan melalui ciri binaan masjid berkenaan.

Dalam pelan, kompleks itu terdiri daripada dua bahagian, pertama, dewan solat segi empat manakala bahagian berbentuk ‘H’ dijadikan tempat berwuduk yang terletak di bawah dewan solat.

Elemen yang terdapat dalam ruang solat masjid itu termasuk lampu tradisional dari Maghribi yang disumbangkan syarikat pembinaan dari Arab Saudi.

Lantai dewan solatnya dipasang jubin marmar yang dihamparkan permaidani mewah berwarna biru manakala kubahnya menggunakan bahan plumbum sebagai bahan pelapis.

Antara kemudahan lain yang disediakan di masjid itu termasuk perpustakaan, bilik darjah, auditorium persidangan, bilik pameran serta kediaman imam masjid dan golongan musafir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: