Mendapat hidayah ketika mengarah filem


Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Sean Ali Stone berlatar belakangkan pemandangan indah bandar Tehran ketika berada di balkoni sebuah restoran di puncak menara telekomunikasi Milad di Tehran Iran.

PADA tarikh 14 Februari lalu – yang dicanang oleh masyarakat barat sebagai hari khusus untuk diraikan pasangan kekasih – mencatatkan satu kemenangan kepada Islam apabila anak lelaki kepada seorang pengarah filem Hollywood terkenal, Oliver Stone, iaitu Sean Stone, 27, memeluk Islam.

Oliver pernah tercalon sebanyak 11 kali dalam anugerah berprestij Oscar dan memenangi tiga daripadanya.

Anaknya, Sean memeluk Islam di bandar yang masyhur dengan keindahan Islam yang sangat menakjubkan iaitu Isfahan Iran dengan nama barunya iaitu Sean Christopher Ali Stone.

Dia sebenarnya berada di Iran untuk mengarah sebuah filem yang mengisahkan tokoh Islam terkenal yang juga seorang penyair mistik Parsi dari abad ke-13 Masihi, Jalaluddin Ar Rumi.

Harapan dan niatnya ialah tindakan dan keikhlasannya memeluk Islam itu dapat membantu warga barat, khususnya rakyat Amerika Syarikat (AS) supaya lebih memahami soal kepercayaan kepada tuhan dan agama Islam itu sendiri dengan lebih baik.

“Adalah satu kesilapan besar bagi mereka yang mempercayai bahawa Islam itu agama yang bersifat antagonis kepada agama-agama lain, khususnya Yahudi dan Kristian.

“Apa yang kita perlukan hanyalah saling memahami kepercayaan masing-masing dengan lebih banyak mengadakan dialog dan perbincangan secara sihat dan komprehensif,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana pengislamannya di pihak media di AS, apabila beliau pulang ke negaranya, Ali yakin bahawa tidak banyak kesan akan timbul kerana beliau bukan seorang yang terkenal atau popular.

“Apa yang penting saya dapat membantu rakyat AS untuk memahami akan kebenaran mengenai Islam,” katanya.

Salah satu sebab beliau memeluk Islam kata Ali ialah dia berasa begitu tenang dan dapat menikmati suasana keindahan yang tersendiri setiap kali berada di masjid.

Dia percaya bahawa Tuhan itu Esa yang mesti menjadi asas kepercayaan dan kebenaran sesebuah agama itu.

Beliau sebenarnya menaruh minat terhadap Islam sejak di bangku sekolah tinggi walaupun dilahirkan dan dibesarkan oleh bapanya yang beragama Yahudi dan ibunya, Elizabeth Stone seorang Kristian.

“Tidak sahaja kini saya perlu bantu mempromosikan Islam kepada rakyat AS tetapi yang lebih penting juga Islam pasti dapat memberikan sumbangan dalam memperbaiki dalam banyak keadaan yang berlaku di Barat.

“Ini apabila sering tercetusnya pelbagai masalah sosial dan kemanusiaan akibat dunia barat dan AS khususnya terlalu bergantung kepada sistem kapitalis.

“Sistem ini menyebabkan masyarakat barat mengikis dan membuang soal-soal kerohanian sekali gus menyebabkan batin mereka semakin menderita,” kata Ali.

Walaupun pada hari ini semakin ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan sistem kapitalis dan liberal melaui pelbagai gerakan dan bantahan, namun ia tidak memberi apa-apa makna.

Ia tidak akan tercapai selagi mereka menafikan peranan agama dan Islam itu sendiri sebagai satu jalan penyelesaian.

Justeru, Ali akan memberikan sumbangan yang lebih bererti dalam bidang seni dan dunia perfileman dengan memperkenalkan kebudayaan dan ketamadunan Parsi kepada barat.

Graduan Pengajian Sejarah dari Universiti Princeton itu sering berkerjasama dengan bapanya dalam menghasilkan filem-filem yang mendapat tempat di hati peminat seperti filem Alexander pada tahun 2004.

Ali turut mengagumi kepimpinan Presiden Iran, Ali Mahmoud Ahmadinejad dan berpendapat kemelut yang dihadapi oleh Iran apabila mendapat tekanan dari barat boleh diatasi dengan Iran beralih pandangan dan tumpuan kepada dunia timur.

“Jangan lagi melihat kepada Barat tetapi beri tumpuan baru kepada rakan kongsi seperti China,” katanya yang turut menerima Anugerah Khas dari Kementerian Kebudayaan Iran sempena berakhirnya Festival Filem Antarabangsa Fajr Tehran, baru-baru ini.

Comments
One Response to “Mendapat hidayah ketika mengarah filem”
  1. closehead berkata:

    jd syiah ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: