Tentera asing bakar al-Quran


Penduduk  Afghanistan yang mengadakan tunjuk perasaan dan membalingkan bom api sambil melaungkan slogan anti-AS di hadapan pintu pagar pangkalan tentera AS di Bagram membantah tindakan tentera asing  membakar kitab al-Quran di pangkalan itu, semalam.  – AFP

KABUL 21 Feb. – Satu protes tercetus di luar sebuah pangkalan utama tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan Kabul, hari ini ekoran dakwaan tentera asing membakar bahan bacaan Islam termasuk kitab suci Al-Quran.

Menurut seorang jurugambar AFP, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengepung pangkalan udara Bagram, utara Kabul. Mereka turut melemparkan bom petrol ke arah pagar pangkalan tersebut.

Komander AS di Afghanistan, Jeneral John Allen berkata, beliau ada menerima laporan tentang tindakan tentera melupuskan bahan bacaan Islam termasuk al-Quran dengan cara yang tidak sepatutnya.

Beliau juga katanya telah mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut yang dilakukan tentera di Bagram.

“Selepas mengetahui tentang perkara itu, kami segera menghentikannya. Semua bahan bacaan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk diuruskan dengan betul.

“Saya meminta maaf bagi setiap kesilapan yang mungkin berlaku kepada Presiden Hamid Karzai, Republik Islam Afghanistan dan yang paling penting kepada semua rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Penjara Bagram, Ahmad Kabir berkata, kebanyakan penunjuk perasaan merupakan pekerja di pangkalan tentera terbabit dan sebahagiannya mendakwa ternampak cebisan al-Quran dibakar di pangkalan itu.

“Saya tidak nampak kejadian itu, jadi siasatan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

Jurucakap polis Ashamat Estanakzai pula berkata, satu lagi protes disertai 500 penunjuk perasaan turut diadakan di daerah Pul-e-charkhi, berhampiran pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Jalalabad.

Beberapa protes sama sebelum ini bertukar ganas di Afghanistan, sebuah negara Islam yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan menghina agama. – AFP/AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,583 other followers

%d bloggers like this: