Serlahkan kecintaan kepada nabi Muhammad s.a.w dengan tindakan


Oleh: Muhammad Farid Hadhari Mahamed Rusdi

Saban tahun, umat islam khususnya di Malaysia akan meraikan sambutan kelahiran junjungan besar Muhammad s.a.w, penghulu sekalian nabi, rasul dan manusia. Ceramah, perarakan, acara berselawat dan berzanji menghiasi hari kelahiran baginda s.a.w pada 12 Rabi’ul Awal walaupun masih terdapat khilad (perbezaan) ulama dalam penentuan tarikh lahir sebenar. Namun perkara itu tidaklah menjadi satu perbezaan sehingga boleh membawa perpecahan. Bahkan, terdapat sebahagian masyarakat yang meraikan sambutan Maulidur Rasul di hari-hari yang lain.

Secara asasnya, sambutan Maulidur Rasul tidak menjadi pertikaian yang penting, namun pada pandangan dakwah yang perlu diteliti ialah soal intipati ataupun maksud sebenar yang ingin dicapai melalui setiap sambutan yang diadakan. Ini penting untuk kita sama-sama perhalusi kerana kebanyakan daripada masyarakat melihat bahawa sambutan Maulidul Rasul dari kacamata ‘tradisi’ dan ‘adat’ semata, bukan daripada kacamata syariat yang sebenar. Kita banyak melihat kulit tanda mengetahui isinya. Maka, menonjolkan maksud (substance) sebenar lebih penting berbanding menghiasi luaran (form) semata.

Di antara intipati yang perlu diserlahkan di dalam mana-mana sambutan Maulidur Rasul ialah melahirkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah serta perjuangannya menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, seterusnya merealisasikan ububiyyah dan konsep khalifah yang terulung di dunia. Kecintaan kepada Rasulullah sangat penting kerana hanya dengan kecintaan kepada Baginda mampu untuk kita meraih kecintaan daripada Allah sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran. Bahkan, mencintai Rasulullah merupakan pelengkap kepada keimanan seorang mukmin sejati.
 “Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku (Muhammad) dicintai melebihi kedua orang tuanya, anak-anaknya dan semua manusia lain”- (Riwayat Al-Bukhari)

Cinta bukan hanya sekadar lafaz manis dibibir. Cinta juga tidak cukup sekadar imiginasi di dalam minda. Apabila mengungkap persoalan tentang cinta, maka ia perlu dizahirkan dengan tindakan yang bersifat ikhlas. Sebagai contoh mudah, kita sering memerhatikan keasyikan pasangan yang sedang dilamun cinta sesama manusia. Segalanya akan menjadi indah, bahkan manusia sanggup mengorbankan harta dan masa demi menjaga cinta daripada suram dan padam. Apa yang boleh kita simpulkan ialah: Cinta menuntut kepada pengorbanan.

Begitu jualah tindakan yang perlu kita lakukan apabila kita mengisytiharkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w Tidak cukup dengan hanya berselawat –walaupun inilah perkara yang paling dituntut oleh Rasulullah,- namun di saat Islam dianggap hanya sebagai hiasan di hari-hari kebesaran, hukum hakam diperlekehkan secara besar-besaran, tatkala fitnah tersebar luas; maka kecintaan itu perlu diserlahkan. Mahabbah (kecintaan) itu perlu diserlahkan dengan tindakan dan pengorbanan.

Ini kerana Allah memerintahkan melalui lisan Nabi Muhammad s.a.w supaya mengikut jejak langkah Baginda, kerana hanya dengan mengikut jejak langkah Baginda, Allah akan mengasihi dan mencintai hamba-hambanya yang beriman. Jejak langkah perjuangan Nabi Muhammad pula bukan berehat di kediaman, jauh sekali menikmati hidangan makanan yang enak. Jejak langkah baginda berwawasan akhirat, berpaksikan aqidah perjuangan yang tulen dan memerlukan pengorbanan bukan sahaja harta malahan nyawa.

Maka, marilah sama-sama kita memulakan momentum kecintaan kepada Rasulullah dengan tindakan yang realistic dan berkesan. Turunlah ke lapangan untuk mengenali masyarakat setempat, cambahkanlah benih-benih dakwah di dalam hati masyarakat agar kembali mengamalkan pedoman yang telah ditinggalkan oleh baginda s.a.w iaitu Al-Quran dan As-sunnah. Semoga amalan yang kita lakukan ini merupakan bukti kecintaan kita kepada Rasulullah, dan akan bersama baginda kelak di bawah syafaatnya. Amen ya rabb.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: