Penduduk protes larangan bertudung di Thailand


BANGKOK – Ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan aman di pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, semalam bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Buddha melarang pelajar Islam memakai tudung.

Kumpulan aktivis Muslim Group for Peace menyifatkan tindakan Sekolah Menengah Wat Nongjok tidak membenarkan pelajar Islam memakai tudung sebagai tindakan prejudis terhadap Islam.
Mereka mendakwa tindakan sekolah itu, bertentangan dengan peraturan paka-ian seragam sekolah yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Thailand kerana pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam mereka.
Semasa perhimpunan tersebut, beberapa penunjuk perasaan turut membina dinding batu di hadapan pejabat perdana menteri sebagai simbol halangan yang dikenakan terhadap pelajar Islam itu.
Dalam satu kenyataan, pihak sekolah menyatakan kononnya tindakan tersebut terpaksa diambil kerana mahu semua pelajar mematuhi peraturan berhubung pakaian seragam.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Woravat Auapinyakul menegaskan pelajar mempunyai hak untuk memakai pakaian seragam mengikut ajaran agama masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan kementerian di negara tersebut.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: