Ethel temui Islam di web jodoh


Susunan MOHD. SHAH CHE AHMAD

ARAB Match.com menyaksikan pertemuan kepada impian penuh makna yang selama ini dicari-cari oleh wanita berusia 50 tahun, Ethel Mae Blizzard.

Laman web mencari jodoh itu bukan sahaja menemukannya dengan seorang lelaki untuk dijadikan sebagai teman hidup, malah membawanya menemui ajaran kebenaran yang selama 29 tahun dicarinya.

Sejak berusia 18 tahun, wanita berasal dari San Diego, California itu mula terasa ragu-ragu dengan ajaran yang dianutinya.

Walaupun aktif mengikuti upacara agama Kristian kepercayaan Mormon sejak berusia 12 tahun dan tidak pernah ketinggalan menghadiri perhimpunan mingguan di gereja, namun Ethel masih belum menemui hakikat konsep ketuhanan dalam agama yang dianuti itu.

Beliau tidak menafikan dan yakin bahawa terdapat tuhan yang menciptakan makhluk dan alam semesta. Namun daripada apa yang dipelajari dan dianutinya, dia tidak menemukan hakikat ketuhanan sebenar.

Pada saat itu, wanita tersebut mula keliru dan berfikir tentu ada satu ajaran agama kebenaran yang sempurna dalam segala aspek kehidupan yang akan menjamin keselamatan penganutnya di dunia dan alam kelahiran semula selepas kematian.

Pelbagai usaha dilakukan dengan membuat perbandingan dan kajian agama untuk mencari sinar kebenaran tetapi masih belum ditemui.

Sehingga pada suatu hari Ethel bercadang untuk berkahwin. Laman web pencarian jodoh Arab Match.com menjadi pilihan bagi merealisasikan hajatnya untuk menamatkan zaman daranya setelah berusia 47 tahun.

Benarlah kata orang, hidayah Allah tidak mengenal siapa dan boleh berlaku dengan pelbagai cara.

Pencarian jodoh Ethel di laman web tersebut menjadi landasan titik permulaan wanita itu mengenali kebenaran agama Islam.

Setelah mendaftar di laman cari jodoh itu, seorang wanita mengirimkan pesanan kepada Ethel dengan beranggapan Ethel sangat sesuai dengan seorang rakan lelakinya.

Setelah berkenalan hampir sebulan melalui ruangan siber, akhirnya Ethal mengambil keputusan bertemu lelaki tersebut. Lelaki itu kemudiannya meminangnya dan mengajak Ethel bernikah secara Islam di masjid.

“Apa yang perlu aku lakukan? Aku tidak yakin dengan hal perkahwinan ini kerana aku masih lagi beragama Kristian,” bisiknya sendiri.

Ethel masih ragu-ragu untuk menerima peminangan lelaki yang hanya dikenali dalam tempoh tiga bulan itu.

Beliau kemudian mengambil masa untuk mengkaji dan mengetahui mengenai Islam termasuk bab pernikahan.

Selepas menerima nasihat daripada seorang rakan Islam yang berasal dari Turki, Ethel pergi ke Masjid Abu Bakar untuk menemui imam masjid tersebut bagi menjawab persoalan yang bermain di fikirannya itu.

“Benarkah apa yang aku lakukan ini?,” katanya sendirian lagi ketika menunggu imam tersebut di luar kawasan masjid.

Semasa menunggu imam tersebut, Ethel disapa oleh seorang ahli jawatankuasa masjid menanyakan sekiranya ia memerlukan bantuan.

“Ya, saya perlu bertemu dengan seseorang yang boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjawab pertanyaan saya,” jawab Ether.

Pembantu masjid itu membawa Ethel bertemu dengan imam masjid tersebut yang dikenali sebagai Imam Thaha.

Bagaimanapun pertemuan mereka hanya sementara kerana imam tersebut perlu mengimamkan solat kerana sudah masuk waktu sembahyang.

Pertemuan singkat Ethel bersama imam masjid itu masih belum menjawab dan merungkai permasalahannya mengenai pernikahan Islam.

Keinginan untuk mengetahui perkara tersebut terus membuak-buak. Beberapa hari kemudian Ethel pergi ke Turki untuk berjumpa rakannya itu bagi membantunya.

Bermula dengan bertanyakan mengenai perbezaan antara istilah Muslim dan agama yang dianuti orang Muslim, Ethel terus bertanyakan mengenai hal ketuhanan.

“Apakah tuhan bagi orang Muslim,” tanya Ethel.

“Allah adalah Tuhan kami,” jawab rakannya ringkas.

Daripada situ, Ethel membuat kesimpulan, ternyata umat Islam juga mempercayai Tuhan.

“Saya baru tahu orang Islam juga percaya Tuhan,” katanya.

Setelah lama berdiskusi, rakannya memperkenalkan seorang ulama Islam bernama Sheikh Saad

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,645 other followers

%d bloggers like this: